Wednesday, August 29, 2007

Sound Card pada Sistem PC


Sound Card merupakan suatu expansion card yang disambungkan ke computer bus melalui slot PCI pada motherboard, berfungsi sebagai peripheral (perkakasan) kawalan keluaran dan masukan bunyi, (seperti bunyi ke speaker dan mengambil input bunyi dari mikrofon). Ia biasanya digunakan untuk menyokong ciri-ciri istimewa lain yang tidak ditawarkan oleh sound chip yang dibina pada motherboard.
Secara amnya, setiap sound card mempunyai D/A Converter (Digital-to-Analog Converter) yang berfungsi sebagai pengubah isyarat digital yang dihasilkan oleh sistem komputer ke bentuk isyarat analog untuk disambungkan ke hardware sokongan seperti speaker. A/D Converter pada sound card pula berfungsi sebagai pengubah isyarat analog dari mikrofon ke isyarat digital untuk diproses oleh sistem komputer. Namun terdapat pelbagai jenis sound card di pasaran dengan spesifikasi dan keistimewaan tersendiri, khasnya untuk menyokong keistimewaan hardware lain, seperti speaker yang menyokong teknologi surround sound. Misalnya, on-board sound card (sound card yang dibina atas motherboard dalam bentuk cip), yang biasanya hanya menyokong speaker stereo standard (speaker 2.0 dan 2.1), tidak mampu untuk meberikan output bunyi maksima jika dipasang pada sub-woofer beserta 5 speaker satelit (5.1 Speaker) ketika memainkan DVD menggunakan kesan bunyi sekeliling (5.1 surround). Sehingga artikel ini ditulis,teknologi bunyi surrond sound maksima disokong oleh speaker 7.1 dan sound card yang bersesuaian, contohnya Sound Blaster® Audigy™ 2 ZS keluaran Creative Technology.
Secara amnya terdapat tiga port penyambung pada sesuatu sound card:
Line Out: Port ini biasanya mempunyai kod warna hijau. Isyarat bunyi analog yang ditukarkan dari digital akan dipindahkan ke speaker atau headphone yang disambung pada port ini.
Line In: Menerima isyarat bunyi dari peralatan elektronik lain, misalnya anda boleh menyambung radio ke port ini dan mendengarnya dari speaker komputer. Anda boleh merakam lagu dari siaran radio terus ke bentuk digital. Port ini kebiasaannya bewarna biru.
Microphone: Port yang biasanya bewarna merah khas untuk sambungan mikrofon.

RAM Module pada Sistem PC




RAM, atau Random Access Memory atau selalu disebut ramai sebagai memory, merupakan satu hardware yang penting dalam prestasi sesuatu sistem komputer. Mungkin anda selalu dengar akan ayat “jika tambah bilangan RAM, maka semakin laju sesuatu komputer beroperasi.” Ini adalah benar – kerana RAM sememangnya memainkan peranan membantu CPU dalam melaksanakan proses/task pada sesuatu sistem komputer. Pada komputer peribadi, RAM didatangkan dalam bentuk ‘RAM Module’ seperti dalam gambar dan dipasang pada motherboard.

Bagaimana RAM membantu dalam meningkatkan keupayaan dan prestasi sesuatu sistem komputer? Dalam sesuatu sistem komputer, contohnya PC, RAM digunakan untuk menyimpan arahan/instruction dan data yang diperlukan untuk menyiapakan sesuatu proses/task secara sementara/temporarily – dengan itu CPU dapat mengakses kepada arahan dan data terbabit dengan kadar yang lebih pantas.
RAM merupakan salah satu dari unit storan computer, atau ‘computer storage’ dalam kategori storan primer. Nama lain bagi RAM ialah read/write memory (kerana data boleh dimasukkan dan dibaca dari RAM).
Dari permulaan era PC sehingga sekarang, RAM boleh didapati dalam pelbagai jenis, seperti SRAM (Static RAM), DRAM (Dynamic RAM) SDRAM (Synchronous Dynamic RAM) dan generasi terkini, DDR SDRAM (Double Data Rate SDRAM), RD RAM (Rambus) , DDR2 SDRAM (Double Data Rate Two SDRAM) serta Rambus XDR DRAM (eXtreme Data Rate DRAM)
RAM dipakej dalam pelbagai module dan sel. RAM generasi terkini dipakej dalam bentuk modul, seperti SIMM (Single Inline Memory Module), DIMM (Double Inline Memory Module) dan RIMM (Sama seperti DIMM, tetapi untuk membezakan pakej Rambus dan pakej memori DIMM biasa) .
Pengunaan jenis RAM pada sesuatu sistem komputer dipengaruhi oleh sokongan chipset yang terdapat pada motherboard sesuatu sistem komputer. Contohnya, sesuatu motherboard yang mempunyai chipset Intel i925X hanya boleh menggunakan RAM jenis DDR2 SDRAM, dan RAM DDR SDRAM tidak dapat dipasang kerana ia tidak diskong oleh chipset tersebut (dan apa yang lebih pasti, tiada slot yang sesuai untuk RAM jenis DDR SDRAM dipadankan ke motherboard itu)
Setiap jenis RAM hanya boleh dipadankan pada slotnya tersendiri sahaja pada motherboard. Misalnya slot RAM jenis Rambus mempunyai bentuk yang berbeza berbanding dengan slot RAM jenis DDR SDRAM. Ini berlaku kerana Rambus dipakej pada rekabentuk ‘kaki’ tersendiri yang tidak sama dengan DDR SDRAM.


Apa yang perlu saya lakukan sebelum membeli RAM? Kriteria pemilihan RAM

Jika anda ingin menaiktaraf/upgrade PC anda dengan menambah prestasi RAM. Terdapat bebrapa kriteria dan persoalan yang anda perlu ambil perhatian sebelum mulai membeli RAM Module:
Adakah masih terdapat slot RAM di motherboard saya?Setiap RAM dipasang pada slotnya di motheboard. Bergantung kepada model motherboard, terdapat dua hingga empat atau sehingga lapan slot untuk dipasang memory pada sesuatu motherboard.
Jika masih terdapat slot kosong, maka ia tidak akan menjadi masalah pada anda. Tetapi, sekiranya tiada lagi slot kosong, anda mungkin perlu menanggalkan mana-mana RAM yang ada di slot dan menggantikannya dengan yang lebih berkapasiti tinggi. Contohnya, motherboard PC anda hanya ada dua slot untuk RAM, dan kedua-duanya telah diisi oleh RAM Module yang berkapasiti 128MB setiap satu. Maka anda boleh memilih untuk menanggalkan salah satu RAM itu dan menggantikannya dengan RAM berkapasiti 512MB. Maka jumlah kapasiti baru RAM pada PC anda ialah 128MB + 512MB = 640MB, dan satu RAM yang tidak digunakan (kerana anda menanggalaknnya dari sistem).
Jika motherboard anda ada empat slot dan hanya ada dua RAM 128MB, maka anda boleh upgrade tanpa membazirkan mana-mana RAM Module yang ada, iaitu 128MB +128MB +512MB = 768MB
Apakah jenis RAM yang sesuai untuk motherboard saya?Setiap motherboard hanya menyokong RAM dari jenis tertentu sahaja. Misalnya satu motherboard hanya ada slot untuk RAM jenis DDR SDRAM sahaja, manakala satu motherboard lain mempunyai slot untuk kedua-dua jenis RAM DDR2 SDRAM dan DDR SDRAM. Maka kenal pasti jenis RAM yang disokong oleh motherboard anda. [Nota: Sokongan RAM dan motherboard sebenarnya dipengaruhi oleh chipset yang dibina atas sesuatu motherboard].
Adakah sistem PC dapat menerima RAM baru yang saya akan masukkan ini?Setiap motherboard mempunyai had penerimaan kapasiti 'RAM' nya tersendiri. Misalnya, satu motherboard yang mempunyai had kapasiti RAM sebanyak 1GB. Jika anda menambah bilangan kapasiti RAM melebihi 1GB, katakan anda masukkan empat RAM 512MB (jumlah kapasiti RAM anda ialah 512MB x 4 = 2048MB atau 2GB), sistem PC anda hanya akan mengesan kehadiran RAM anda hanyalah 1GB – kerana itu adalah takat maksima yang boleh diterima. Oleh itu pastikan anda memeriksa manual motherboard anda bagi memastikan had penerimaan kapasiti RAM.
Selain itu, motherboard tertentu hanya dapat menerima RAM pada kelajuan/speed tertentu sahaja. Contohnya satu motherboard mungkin hanya dapat menerima RAM dengan chip DDR333 (Chip DDR333 beroperasi pada kelajuan 166MHz). Jika anda memasukkan RAM DDR400 (Chip DDR400 beroperasi pada kelajuan 200MHz), maka komputer anda hanya dapat mengesan RAM yang diguna sebagai DDR333 dan beroperasi pada kelajuan 166MHz sahaja. RAM DDR400 ini boleh beroperasi, tetapi ini tentunya tidak memberi pulangan setimpal dengan harga yang anda bayar. Maka sekali lagi, pastikan anda memeriksa manual motherboard anda bagi memastikan kelajuan RAM yang dapat diterima.

Motherboard pada Sistem PC


Motherboard merupakan hardware yang paling utama pada sesuatu sistem komputer – semua hardware lain (yang merupakan papan peranti elektronik, atau expansion card seperti sound card, graphic card dan sebagainya) disambungkan ke satu hardware utama (yang juga papan peranti elektronik) – iaitu motherboard. Kesemua hardware ini disambungkan dengan pelbagai jenis sambungan pada motherboard – sambungan kabel, slot, dan sebagainya.
Motherboard Komputer Peribadi
Motherboard juga dikenali dengan pelbagai nama lain seperti mainboard dan desktop board Kebanyakan peminat sistem komputer di Malaysia, baik dari peringkat amatur hinggalah ke professional, lebih selesa dengan singkatan mobo.
Pada motherboard PC, terdapat beberapa jenis I/O (I/O bermaksud input/output iaitu keluaran dan masukan) sesuatu data atau isyarat dari motherboard ke hardware – seperti ports, soket, slot dan antaramuka (interface) bagi beberapa bus.
Selain itu, anda juga dapat melihat CMOS jumper, FSB jumper pada sesetengah motherboard dan juga sebuah bateri butang. Bateri ini dikenali sebagai bateri CMOS (Complementary Metal Oxide Semiconductor , ia merujuk kepada bahan semikonduktor yang digunakan dalam pembuatan cip pada motherboard).















Chipset, Northbridge dan Southbridge

Chipset merupakan sekumpulan pelbagai cip/litar bersepadu/IC yang direka dalam satu binaan.Chipset boleh didapati pada motherboard atau expansion card seperti sound card, network card, modem dan sebagainya. Dalam sistem komputer, chipset biasanya merujuk kepada dua bahagian utama pada motherboard, iaitu northbridge dan southbridge. Kedua-dua bahagian ini sebenarnya ialah dua chipset yang saling bergantungan antara satu sama lain dengan setiap satu mempunyai fungsinya tersendiri.
Anatara contoh chipset yang boleh didapati pada motherboard masa kini ialah D875PE, D925X (Intel) , KT400, K8T800 (VIA), nForce 2, nForce4 (nVidia) dan sebagainya.
NorthbridgeNorthbridge befungsi mengawal komunikasi antara CPU, RAM module, AGP atau PCI-E dan southbridge. Northbridge memainkan faktor penting dalam penentuan bilangan serta jenis CPU dan kelajuannya; serta bilangan, kelajuan dan jenis RAM yang boleh digunakan. Oleh kerana setiap kelas CPU dan RAM memerlukan isyarat yang berbeza, maka sesuatu northbridge hanya mengawal kombinasi CPU dan RAM dari kelas tertentu sahaja.
Misalnya, chipset i845GE hanya beroperasi pada CPU Intel Pentium 4 dan Celeron dengan penggunaan RAM dari jenis DDR SDRAM.
Chipset nForce2 hanya beroperasi pada CPU jenis Duron, Athlon, dan AthlonXP dengan penggunaan RAM dari jenis DDR SDRAM
Chipset i915G hanya beroperasi pada CPU Intel Pentium4 dan Celeron, tetapi membenarkan penggunaan dua jenis RAM module, iaitu RAM DRR1 atau DDR2.
SouthbridgeSouthbridge berfungsi dalam mengawal operasi pada computer bus dan device, seperti bus PCI, USB, Firewire, port serial dan parallel, antaramuka ATA, SATA dan floppy disk controller. Sesetengah southbridge juga mempunyai ciri istimewa tambahan seperti kawalan RAID dan audio codec (onboard sound card yang dibina atas motherboard)










Soket, Slot atau Port?

Soket:
Terdapat satu soket untuk memuatkan satu CPU yang dipanggil soket CPU. Terdapat pelbagai jenis soket CPU yang berbeza-beza mengikut spesifikasi motherboard.
Ports:
P/S2 – Untuk penyambungan mouse (hijau) dan keyboard(ungu)
LPT – Sambungan hardware yang menyokong LPT secara selari (parallel), biasanya perkakasan lama seperti printer dan scanner lama.
COM – Sambungan hardware yang menyokong COM secara sesiri (serial). Contonhya paparan skrin LCD yang disambungkan pada laptop ketika penerangan/taklimat berkomputer pada sesuatu majlis. Juga digunakan untuk menyambung keyboard dan mouse lama dan beberapa peranti lain.
USB - Penyambungan hardware USB. Kebanyakan hardware masakini menggunakan sambungan jenis USB ke motherboard pada sistem komputer, seperti printer, kamera digital, storan mudah alih, scanner dan banyak lagi.
Firewire/IEEE 1394 - Kebanyakan kamera digital masakini memerlukan sambungan firewire
Infrared - Disambungkan pada perkakasan elektronik yang menyokong IrDA, contohnya telefon bimbit
Bluetooth – Teknologi peyambungan baru yang lebih efisyen dari Infrared. Disambungkan pada hardware yang menyokong bluetooth, contohnya telefon bimbit generasi terkini
Line-In, Line-Out dan MIC - Untuk sambungan speaker, mikrofon atau apa-apa perkakasan audio lain ke sistem PC.
Slot/Controller/Interface(Antaramuka):
RAM - Di mana memory module disambung pada sistem PC.
PCI/ PCI-E – Di mana pelbagai peranti perkakasan komputer disambungkan, seperti sound card, network card dan sebagainya.
AGP – Di mana graphic card biasanya dipasang.

ISA – Slot perintis sebelum PCI diperkenalkan. Anda mungkin sukar untuk menemui slot ini pada motherboard terkini.
IDE /ATA/ SATA - Di mana hard disk dan optical device PC disambungkan ke sistem.
Floppy Disk – Di mana peranti floppy disk drive disambungkan ke sistem.
Ethernet – Sambungan LAN (Local Area Network). Sambungan antara dua atau lebih PC pada sesuatu bangunan atau rumah.
SCSI – Jarang terdapat pada motherboard PC, tetapi digunakan dengan meluas pada komputer workstation untuk menyambung hard disk, CD/DVD-ROM dan lain-lain hardware.

Modem Card pada Sistem PC


Modem Card pada Sistem PC

Modem (Modulator Demodulator) merupakan suatu peripheral (perkakasan) yang digunakan untuk menyambungkan sistem komputer anda ke internet melalui sambungan jenis ‘Dial-Up’. Kabel telefon digunakan untuk menyambungkan modem ke talian telefon tetap di rumah.
Konsep asas Modulation Demodulation pada modemKomputer anda hanya mampu menghasilkan data dalam bentuk isyarat digit (digital, isyarat yang hanya berada pada 0 dan 1), manakala untuk penghantaran data ke internet melalui talian telefon mestilah dalam bentuk isyarat analog. Maka sebuah isyarat analog menjadi ‘pembawa’ kepada isyarat digit yang menjadi ‘penumpang’ dalam proses penghantaran dari komputer ke internet dan sebaliknya.Analogi mudah ialah sama seperti sebuah bas (pembawa) yang membawa penumpang dari satu Pulau Pinang ke Kuala Lumpur dan sebaliknya.
Walaupun penumpang ada tetapi apa yang kita nampak bergerak di jalan hanyalah bas, seolah-olah penumpang telah menjadi ‘sebahagian’ daripada bas untuk bergerak. Begitu juga dengan isyarat digit yang dibawa oleh isyarat analog di mana isyarat digit tadi seolah-olah ditukar/digabung dengan isyarat analog. Walaupun data yang dihantar adalah dalam bentuk isyarat analog, namun di dalam isyarat analog itu terdapat isyarat digital asal.
Proses di mana isyarat analog bertindak sebagai pembawa isyarat digital ke internet adalah dipangil modulasi (Modulation) dan proses ‘mengasingkan’ kembali isyarat termodulat ialah demodulasi (Demodulation). Modem bertindak sebagai pemodulat dan demodulat data yang dihantar dari komputer ke internet/komputer lain dan sebaliknya.
Modem ADSL (Asynchronous Digital Subscriber Line) digunakan untuk sambungan jalur lebar atau broadband, contohnya Streamyx. ADSL mempunyai sedikit perbezaan berbanding dengan modem. Satu lagi jenis modem untuk sambungan jalur lebar ialah Cable Modem. Wireless Modem pula digunakan untuk sambungan internet tanpa wayar, seperti sambungan Wi-Fi ke hotspot.

Disk Drive pada Sistem PC


Disk Drive pada Sistem PC

Hard disk merupakan suatu hardware yang digunakan pada sistem komputer untuk menyimpan data. Tidak seperti floppy disk drive dan CD-ROM, hard disk memainkan peranan penting sebagai unit storan bagi sistem operasi(OS) kompuer masakini, seperti Windows XP dan Linux. Selain itu, hard disk juga berperanan besar sebagai unit storan data utama sistem komputer peribadi. Apa yang anda dapat lihat di skrin anda sekarang, iaitu pelayar internet dan warna serta grafik – semua ini bergantung pada hard disk; hard disk menyimpan perisian pelayar internet anda, pada hard disk juga tersimpan perisian utiliti bagi menjalankan paparan di skrin anda dengan bantuan graphic card ,CPU dan banyak lagi hardware lain.
Dalam banyak-banyak hardware komputer, hard disk merupakan hardware yang paling sensitif pada gegaran dan magnet. Pada hard disk juga terdapat liang (sebesar diameter lubang skru) pengudaraan aliran haba keluar. Sekiranya liang ini ditutup (selalunya akibat kecuaian pekedai yang menampal pelekat waranty pada liang ini), maka hard disk berisiko untuk rosak akibat aliran haba yang menjadi kurang mantap. Hard disk juga tidak seharusnya diskru terlalu ketat pada ATX Casing.
Hard disk pada sistem komputer peribadi biasanya terdiri dari tiga jenis antaramuka berlainan, iaitu ATA/PATA, SATA, SCSI, USB dan Firewire/IEEE1394
Hard disk ATA (Adavanced Technology Attachment)Antaramuka ATA juga dikenali dengan nama PATA, IDE, E-IDE, ATAPI atau UDMA, merupakan antaramuka paling popular bagi hard disk dan optical device (CD-ROM, DVD-ROM dan sebagainya). Hard disk ATA disambungkan ke IDE controller pada motherboard, dengan kabel riben IDE (atau dikenali juga sebagai kabel IDE ).


Hard Disk SATA (Serial –ATA)Hard disk yang mempunyai antaramuka SATA semakin popular masakini. Dengan penyambungan ke bus komputer secara selari, ia mempunyai prestasi yang lebih pantas berbanding dengan hard disk antaramuka ATA.
Tidak seperti hard disk ATA, hard disk SATA mempunyai kelebihan untuk ‘hot swapped’ iaitu, dipasang secara terus ke sistem komputer yang sedang beroperasi tanpa perlu dihidupkan semula/reboot. Selain itu, ia menggunakan kabel sambungan khas (kabel penyambung SATA 7-pin) ke SATA contoller di motherboard dan kabel bekalan kuasa Power Supply Unit 15-pin SATA. Hard disk SATA juga tidak menggunakan konsep perkongsian BUS seperti ATA, iaitu Primary Master, Primary Slave, Secondary Master atau Secondary Slave.
External Hard Disk ( USB/ Firewire)Hard disk dengan antaramuka ATA dan SATA boleh disambung melalui antaramuka lain, iaitu USB atau Firewire. Sambungan ini dapat dibuat dengan menggunakan casing khas dengan sumber bekalan kuasa soket dinding. Ia juga mempunyai kelebihan ‘hot swapped’.


Apakah itu Hard Disk Partition?

Katakan anda membeli sebuah almari yang luas, sudah tentu anda akan dapati bahawa di dalam almari itu terdapat beberapa bahagian yang ‘dipecahkan’ sebagai rak tingkat untuk memperkemaskan dan memudahkan kita menggunakan almari itu. Bahagian tingkat pertama mungkin untuk seluar, yang kedua untuk baju dan sebagainya.
Hard disk juga boleh mempunyai ciri yang sama – katakan anda membeli hard disk bersaiz 80 GB, anda boleh ‘memecahkan’ saiz ruang hard disk ini kepada beberapa bahagian. Apa yang menariknya, tidak seperti almari, anda boleh memecahkannya mengikut citarasa dan kegunaan sendiri. Proses ‘memecahkan’ ruang saiz hard disk ini disebut sebagai 'Partitioning’ dan ruang bahagian yang telah dipecahkan sebagai ‘Partition’.
Bagi hard disk berkapasiti 80 GB, anda boleh membuat empat partition. Contoh kombinasi yang boleh dipakai ialah 20-20-20-20 GB ( iaitu saiz setiap satu bahagian ialah 20 GB) atau 20-20-30-10 atau kombinasi-kombinasi lain mengikut kesukaan anda. Anda juga boleh membuat sebanyak mana partition yang suka. Misalnya 8 partition dengan kombinasi 10-10-10-10-10-10-10-10 GB atau dua partition 40-40 GB.
Mengapa membuat partition?Partition dibuat atas banyak sebab. Tetapi secara amnya ia dibuat bagi memudahkan urusan menyelia dan memperkemaskan lagi susunan fail-fail dalam hard disk – sama seperti memperkemaskan susunan pakaian dalam almari. Misalnya sebuah hard disk yang mempunyai empat partition; partition pertama adalah untuk meyimpan (install) sistem operasi, contohnya Windows. Partition kedua pula adalah untuk menyimpan fail-fail lagu, MP3 dan fail-fail media yang lain. Partiton ketiga pula adalah untuk menyimpan perisian (program) yang dipasang (install) seperti game dan partition terakhir adalah untuk menyimpan dokumen-dokumen penting atau gambar-gambar yang dirakam melalui kamera digital. Sama seperti almari di mana rak (anggap rak sebagai partition) pertama khas untuk baju, rak kedua untuk seluar dan setersunya. Dengan kata lain, partition dilakukan untuk memperkemaskan susunan fail-fail dalam hard disk.
Selain itu, partitioning adalah salah satu kaedah bijak dalam urusan penyelenggaraan (maintenance) hard disk itu sendiri. Misalnya, masa untuk melakukan defragement (penyusunan semula fail sistem operasi) adalah lebih singkat sekiranya dilakukan secara peringkat demi peringkat (partition demi partition) berbanding dengan defragment hard disk yang sama yang tidak mempunyai partition. Begitu juga halnya dengan formatting dan lain-lain.
Banyak lagi tujuan seseorang melakukan partitioning. Bagi para teknikal dan peminat PC yang maju (advance), kadang kala akan tiba masa di mana anda harus memasang semula sistem perisian dan partition memainkan peranan penting dalam memastikan fail-fail penting tidak dimusnahkan untuk tujuan format.


Windows: Sistem Fail FAT atau NTFS? Yang mana satu sesuai?

Anda boleh memilih beberapa fail sistem (system file) dalam memformat sesuatu hard disk (atau partition pada hard disk). System file yang dipilih bergantung pula pada jenis sistem operasi dan keperluannya. Bagi mereka yang menggunakan Windows XP , pilihan yang ada ialah FAT, FAT32 dan NTFS. Bagi pengguna sistem operasi Linux, mereka perlu menggunakan system file yang berbeza.
Format FAT ialah format universal; ia dapat diakses oleh semua versi Windows, termasuklah NT, 2000 dan MS-DOS. FAT32 pula, dapat diakses oleh sistem operasi Windows 95 ke atas manakala format NTFS hanya dapat diakses oleh Windows XP dan 2000. System file NTFS juga dapat diakses Windows NT dengan Service Pack 4 tetapi aksesnya terhad dan tidak secara menyeluruh (limitiation acccess).
Krisis yang mungkin berlaku ialah dalam memilih format mana yang sesuai untuk digunakan. Terdapat beberapa faktor serta keadaaan yang perlu diambil kira dalam pemilihan system file.
Bagi pengguna Windows XP, system file NTFS adalah yang terbaik kerana sistem operasi Windows XP mempunyai beberapa ciri - ciri tambahan istimewa yang memberikan manfaat kepada anda, dan ciri-ciri ini pula hanya boleh berfungsi pada system file NTFS. Salah satu ciri yang dimaksudkan ialah sistem keselamatan/sekuriti yang ada seperti File/Folder Permission di mana pengguna lain yang berkongsi komputer dengan anda tidak dapat akses kepada fail peribadi anda tanpa kebenaran. Tetapi jika Windows XP anda berfungsi pada sytem file FAT32, ini tidak akan berlaku dan pengguna akaun lain boleh mengakses kepada fail peribadi anda sewenang-wenangnya. Banyak lagi ciri-ciri lain Windows XP yang hanya berfungsi pada system file NTFS. Anda bolehlah merujuk kepada laman web Microsoft.com untuk maklumat lanjut mengenai ciri-ciri ini.
Tetapi sebaliknya, walaupun Windows XP berfungsi baik pada system file NTFS, ia juga mempunyai beberapa kekurangan (disadvantages) dalam beberapa situasi. Katakan anda memasang dua sistem operasi dalam satu komputer, misalnya Windows XP dipasang (install) di partiton pertama dengan system file NTFS dan Windows 98 yang dipasang pada partition kedua dengan system file FAT32. Dalam kes ini, anda tidak dapat mengkases ke partition pertama sekiranya anda sedang menggunakan Windows 98. Ini kerana Windows 98 tidak ‘mengenali’ system file NTFS partition pertama dan menganggap partition pertama tidak wujud (walaupun hakikatnya ia ada). Oleh itu, anda tidak dapat mengkases apa-apa fail dan dokumen yang terdapat di partition pertama dari Windows 98 di partition kedua. Anda tidak akan menghadapi masalah untuk mengakses ke partition kedua dari Windows XP (yang dipasang pada partition pertama) kerana Windows XP dapat mengenali system file FAT32.
Pemilihan system file lebih cenderung kepada keperluan sistem operasi dan keperluan anda sendiri. Untuk panduan penuh mengenai system fail yang terbaik bagi sistem operasi anda, kunjungi Microsoft.com atau sekiranya anda sedang menggunakan Windows XP, anda bolehlah klik pada Start > Help and Support. Pada kotak ‘Search’, taipkan ‘choosing between NTFS, FAT, and FAT32’. Baca artikel bertajuk ‘choosing between NTFS, FAT, and FAT32’

Graphics card


Graphics card


Graphics card (kad paparan grafik) pasti sudah tidak asing lagi bagi peminat permainan komputer. Graphic card, juga dikenali sebagai 3D accelerator, video card, video adapter dan banyak lagi, sama seperti namanya, berfungsi untuk memberi paparan 2D dan 3D dinamik pada PC anda – seperti kehalusan tekstur, warna, resolusi dan banyak lagi aspek. Graphics card menawarkan ciri-ciri istimewa yang tidak ditawarkan pada graphics adapter yang dibina pada motherboard (juga dikenali sebagai onboard built-in display chip)
Secara am, graphics card mempunyai satu port (jenis female) untuk penyambungan kabel monitor padanya. Selain itu, terdapat juga port Video-Out yang boleh digunakan untuk paparan di skrin lain, contohnya televisyen dan VCR.
Sehingga kini, terdapat tiga antaramuka graphics card:
PCI: Pada permulaan era permainan 3D, graphics card boleh didapati dalam antaramuka PCI dan disambung pada PCI slot di motherboard. Antara contoh graphics card PCI ialah TNT2 , GeForce2MX keluaran nVidia.
AGP: Slot AGP mulai diperkenalkan khas untuk pemasangan graphics card bagi menggantikan slot PCI. Graphics card AGP menawarkan beberapa kelebihan berbanding dengan graphics card PCI tetuamanya dari segi texture mapping, frame buffer dan banyak lagi.
Slot dan graphics card AGP juga didatangkan dengan beberapa versi, iaitu AGP 1X, AGP 1.1X, AGP 2X, AGP 4X dan AGP 8X. Setiap antaramuka ini menawarkan beberapa peningkatan mengikut urutan digit 1 hingga 8, contonhya dari segi channel operation, maximum data rate, dan penggunaan kuasa yang berbeza-beza.
PCI-Express: Graphics card berantaramuka PCI-E mulai menguasai pasaran pada tahun 2004 dan beransur-ansur menolak popluariti graphics card AGP. Walaupun begitu, graphics card AGP masih menjadi pilihan lantaran harganya yang jauh lebih ekonomi berbanding dengan graphics card PCI-E. PCI-E menawarkan kelajuan dan keupayaan pemprosesan grafik dinamik yang jauh lebih hebat berbanding dengan graphics card AGP.

CPU pada sistem PC


CPU pada sistem PC


CPU ialah akronim kepada perkataan Central Processing Unit. Ia merupakan peranti elektronik dalam famili microprocessor. CPU bertindak seperti ‘otak’ yang menggerakan dan mengkoordinasikan sesuatu aktiviti pada sistem komputer. Kebanyakan operasi arithmetik matematik dilaksanakan oleh CPU. Untuk sistem komputer peribadi, CPU dipasang pada motherboard untuk beroperasi. Contoh CPU popular masakini ialah dari siri Pentium (sehingga tarikh artikel ini ditulis, Pentium 4 adalah siri terkini) keluaran Intel Technologies dan Athlon/Sempron keluaran Advanced Micro Device (AMD) technologies.


CPU terdiri dari dua bahagian am, iaitu 1. Control Unit, di mana ia berfungsi menerima, menyahkod dan melaksanakan sesuatu arahan dan;2. Arithmetic Logic Unit (ALU) di mana kesemua operasi matematik dan logik dilaksanakan.
CPU dipasang pada soket CPU di motherboard. CPU tertentu hanya boleh dipadankan pada soket tertentu sahaja. Misalnya, soket A adalah untuk CPU AMD Athlon, AthlonXP dan Sempron, soket 478 untuk Intel Pentium 4 yang berasakan PGA dan soket775 untuk Intel Pentium 4 yang berasaskan LGA serta banyak lagi.
Sehingga hari ini, untuk CPU 32-bit, terdapat dua jenis binaan, iaitu PGA dan yang terbaru dari Intel, LGA.
PGA (Pin Grid Array) ArchitectureSecara amnya, CPU masakini direka dalam binaan PGA Architecture – iaitu pin (atau 'kaki' CPU) CPU terletak pada CPU itu sendiri, sama seperti kebanyakan komponen elektronik lain seperti perintang, transistor, IC dan sebagainya. CPU yang dibina pada PGA architecture adalah seperti AMD Athlon, AthlonXP, Sempron, Athlon64, AthlonFX. Intel Pentium 4 SC478 (Dengan code name Willemate dan Northwood)
LGA (Land Grid Array) ArchitectureDiperkenalkan oleh Intel, tidak seperti PGA architecture, LGA architecture menetapkan bahawa pin CPU terletak pada soket di motherboard dan ‘soket bagi pin’ pula terletak di CPU. CPU yang dibina pada LGA architecture ialah seperti Intel Pentium 4 (Dengan codename Prescott)


Komputer peribadi generasi masakini kebanyakannnya menggunakan CPU 32-bit seperti AMD AthlonXP, Sempron dan Intel Pentium 4. CPU 64-bit semakin menguasai pasaran masakini dengan CPU model AMD Athlon64, AthlonFX, dan Intel Pentium 4 Extreme Edition.

Jenis Soket CPU untuk PC


Jenis Soket CPU untuk PC


Soket CPU (Central Processing Unit), juga dikenali dengan nama ZIF (Zero Insertion Force) soket, dan juga dikenali dengan pelbagai nama lain mengikut padanan CPU , merupakan suatu penyambung antara CPU dan motherboard.


Soket CPU biasanya berbentuk segiempat bewarna putih, seperti dalam gambar. Pada suatu bahagian tepi soket, terdapat tuil yang digunakan untuk menetapkan atau menanggalkan CPU dari soket. Soket CPU masakini direka mengikut PGA (Pin Gid Array) Architecture, dan terdiri daripada pelbagai jenis mengikut padanan. Misalnya, soket A adalah untuk CPU AMD Athlon dan Sempron, soket 478 untuk CPU Intel yang mempunyai L2 Cache 512Kb dan ke bawah. Syarikat pengeluar CPU Intel telah mengeluarkan CPU soket mengikut rekabentuk yang dinamakan LGA (Land Grid Array) Architecture. Secara ringkas:
PGA - Pin CPU (atau kaki komponen CPU, seperti kaki pada perintang) terletak pada CPU itu sendiri
LGA - Tiada pin di CPU, sebaliknya pin terletak pada soket CPU.
Berikut merupakan beberapa jenis soket CPU masakini (sehingga tarikh artikel ini ditulis) yang boleh didapati pada pelbagai motherboard.
Soket 478 – Untuk Intel Celeron dan Intel Pentium 4
Soket LGA 775 – Untuk CPU Intel Pentium 4 (Codenamed Prescott; iaitu CPU generasi terbaru dari famili Pentium 4 yang menggunakan rekabentuk terbaru LGA)
Soket A – Untuk AMD Athlon, AthlonXP, Sempron dan Duron.
Soket 754 -Untuk AMD Sempron dengar PR rating 2800 ke atas dan AMD Athlon64 yang bereka bentuk PGA 754.
Soket 939 - AMD Athlon64 yang bereka bentuk PGA 939.
Selain dari apa yang disebutkan di atas, terdapat banyak lagi jenis soket untuk CPU lama dan anda tidak mungkin dapat melihatnya pada motherboard terkini. Contohnya soket 423, 370, 8, 7, 6, 463 dan lain-lain.

Untuk laptop: Soket 479 (Intel Centrino) dan 563 (AthlonXP Mobile)

Front Side Bus (FSB), Level 2 dan Level 3 Cache

Front Side Bus merupakan salah satu dari computer bus, dan ia merupakan data bus bagi sesebuah CPU. Bus ini membawa data dan maklumat dari CPU ke lain-lain hardware seperti hard disk, RAM, dan computer bus lain seperti USB, PCI dan sebagainya. Bus moden masakini menjadi laluan ‘tulang belakang’ antara CPU dan chipset pada motherboard iaitu northbridge dan southbridge.
Apabila menyebut mengenai Front Side Bus speed (atau FSB) ia sebenarnya merujuk kepada kelajuan CPU berinteraksi dengan RAM dan peripheral lain dalam sesuatu sistem komputer, contohnya 66Mhz, 100Mhz, 133Mhz sehingga melebihi 1000Mhz. Konfigurasi antara FSB dan clock multiplier pada CPU menentukan kelajuan sesuatu CPU.
Katakan CPU komputer anda beroperasi pada 800Mhz, maka kemungkinan CPU anda beroperasi pada FSB sebanyak 100Mhz, dan clock multiplier diset pada 8. Makakelajuan CPU ialah 100Mhz didarab dengan 8 menghasilkan 800Mhz. Dengan memanipulasi clock multiplier dan FSB, maka anda boleh melakukan ‘overclock’ pada sistem komputer anda, iaitu menginjak naikkan kelajuan CPU anda dari kelajuan asal yang ditetapkan oleh kilang. Perubahan konfigurasi ini boleh dilakukan pada menu BIOS pada setiap sistem komputer. Walau bagaimanapun sejak kebelakangan ini, banyak syarikat pengeluar tidak lagi membenarkan overclock dengan mengunci/lock fungsi clock multiplier dari diubah pengguna. Overclock tanpa pengetahuan yang cukup mengenai spesifikasi motherboard dan CPU boleh menyebabkan kerosakan pada salah satu atau kedua-dua komponen tersebut.

Level Cache (L2 dan L3 cache)
CPU terkini kebanyakannya mempunyai L2 cache dan L3 cache yang disambungkan ke CPU melalui back side bus. Kelebihan Level cache adalah akses ke memori oleh CPU adalah lebih pantas berbanding dengan melalui FSB.



Spesifikasi dan Code Name CPU Intel
Berikut merupakan antara senarai spesifikasi CPU Intel beserta spesifikasinya
Code name bagi CPU dari famili Intel Pentium 4Willamette (Pentium 4 1.3GHz – 2.0GHz, L2 Cache 256KB)Northwood (Pentium 4 A, 1.6GHz – 3.0Ghz, L2 Cache 512KB)Northwood (Pentium 4 B & C, 1.6GHz – 3.0Ghz, L2 Cache 512KB, Hyper Threading)Prescott (Pentium 4 A & E , 2.8GHz – 3.8 GHz, L2 Cache 1MB, Hyper Threading)Prescott (Pentium 4 F , 3.2GHz – 3.8 GHz, L2 Cache 1MB, Hyper Threading, EMT 64T)Prescott (Pentium 4 600 Series, 2.8GHz -3.8GHz, L2 Cache 2MB, Hyper Threading, EMT 64T, speedstep)Gallatin (Pentium 4 Extreme Edition, 3.2GHz – 3.4GHz, L2 Cache 512 KB, L3 Cache 1MB, Hyper Threading)Prestonia (Pentium 4 Extreme Edition 3.2GHz)Smithfield (Pentium D, 2.8GHz – 3.2GHz, Shared L2 Cache 2MB, EMT 64T, Dual Core)
Code name bagi CPU dari famili Intel Pentium IIIKatmai (Pentium III 450MHz – 600MHz, L2 Cache 512KB, Slot 1)Coppermine (Pentium III 550MHz – 1133MHz, L2 Cache 256KB, Slot1, & Socket 370)Tualatin (Pentium III 1.0GHz – 1.4GHz, L2 Cache 256KB & 512KB, Socket 370)
Code name bagi CPU dari famili Intel Pentium M / CentrinoBanias (Pentium M 1.3GHz – 1.7 GHz, L2 Cache 1MB)Dothan (Pentium M 1.5 GHz – 2.1GHz)Yonah (Pentium M 2.13Ghz, L2 Cache 2MB)
Spesifikasi dan Code Name CPU AMD

Berikut merupakan antara senarai spesifikasi CPU AMD beserta spesifikasinya
Code name bagi CPU dari famili AMD AthlonArgon (Athlon 500 – 700, 500Mhz – 750Mhz, L2 Cache 512KB)Pluto/Orion (Athlon 550 -1000, 550Mhz -1000Mhz, L2 Cache 512KB)Thunderbird (Athlon 650 – 1400B, 650Mhz – 1400Mhz, L2 Cache 256KB)
Code name bagi CPU dari famili AMD Athlon XPPalomino (Athlon XP 1500+ – 2100+, L2 Cache 256KB)Thoroughbred A/B ( Athlon XP 1600+ – 3100+, L2 Cache 256KB)Thorton (Athlon XP 2000+ – 2600+, L2 Cache 256KB)Barton (Athlon XP 2500+ – 3200+, L2 Cache 512KB)
Code name bagi CPU dari famili AMD SempronThoroughbred B (Sempron 2200+ – 2800+, L2 Cache 256KB, Socket A)Barton (Sempron 3000+, L2 Cache 512KB, Socket A)Paris (Sempron 3000+ – 3100+, L2 Cache 128KB & 256KB, Socket 754, Hyper Transport)Palermo ( Sempron 2500+ – 3300+, L2 Cache 128KB & 256KB, Socket 754, Hyper Transport)
Lain-lain codename bagi pelbagai CPU Mobile Sempron (digunakan pada laptop): Dublin , Georgetown , Sonora. (Mobile Sempron Socket 754, Hyper Transport)
Code name bagi CPU dari famili AMD 64ClawHammer ( Athlon 64 2800+ – 4000+, L2 cache 512KB & 1MB, Socket 754 & 939, Hyper Transport)Newcastle ( Athlon 64 2800+ – 3800+, L2 Cache 256KB & 512KB, Socket 754 & 939 , Hyper Transport)Winchester ( Athlon 64 1800+ – 2200+, L2 Cache 512KB, Socket 939 , Hyper Transport)Venice ( Athlon 64 1800+ – 2400+, L2 Cache 512KB, Socket 939 , Hyper Transport)San Diego ( Athlon 64 2200+ – 2400+, L2 Cache 512KB & 1MB, Socket 939 , Hyper Transport)
Code name bagi CPU dari famili AMD 64 FXSledgeHammer ( Athlon 64 FX 2200+ – 2400+, L2 cache 1MB, Socket 940, Hyper Transport)ClawHammer ( Athlon 64 FX 2400+ – 2600+, L2 cache 1MB, Socket 939, Hyper Transport)San Diego ( Athlon 64 FX 2600+ – 2800+, L2 cache 1MB, Socket 939, Hyper Transport)
Code name bagi CPU dari famili AMD 64 X2 (Dual Core)Manchester ( Athlon 64 X2 2200+ – 2400+, L2 cache 2 x 512KB, Socket 939, Hyper Transport)Toledo (Athlon 64 X2 2200+ – 2400+, L2 cache 2 x 1MB, Socket 939, Hyper Transport)
Lain-lain codename bagi pelbagai CPU Mobile Athlon 64 (digunakan pada laptop): Clawhammer, Odessa, Oakville (Athlon 64, L2 Cache 512Kb – 1MB, Hyper Transport)

Apa itu cache?


Apa itu cache?

Anda tahu apa itu cache? Pernahkah anda terfikir, apabila anda lihat pada kotak bungkusan prosessor anda, ada dinyatakan di situ tentang L2 Cache. Biasanya, nilai-nilai cache yang boleh anda lihat adalah 128kb, 256kb, 512kb, 1 MB dan 2 MB. Adakah anda terfikir, apa sebenarnya cache ini? Mengapa penting sangat benda ini dan apa kaitannya kepada prosessor?
.
Cache berperanan penting semasa prosessor menjalankan memory read. Apa pula memory read ini? OK. Setiap aplikasi yang anda buka (launch/open) di dalam PC anda, melibatkan penggunaan ingatan (memory). Setiap kali program dilancarkan, maka memory akan digunakan (memory read). Itulah sebabnya, apabila anda melancarkan terlalu banyak program, PC anda akan menjadi perlahan dan lembab. Hal ini kerana penggunaan memory pada tahap maksimum untuk program yang banyak. Selain memory utama ([main memory]:RAM), cache adalah sejenis lagi memory yang berperanan penting dalam pelancaran program. Cache bukanlah memory yang anda dapat lihat begitu sahaja bila anda membuka casing PC anda, tetapi cache adalah memory yang dibina di dalam prosessor.

Pembinaan cache adalah sebagai usaha untuk mengurangkan kos penghasilan memory utama, iaitu RAM. Pada zaman sekarang, kelajuan prosessor meningkat dengan sangat mendadak. Sehingga artikel ini ditulis, kelajuan prosessor telah mencapai 4 GHz. Untuk satu sistem computer yang pantas, kelajuan (clock speed) prosessor mestilah sama dengan kelajuan RAM. Walaupun begitu, kelajuan RAM tidak dapat bergerak seiring dengan kelajuan prosessor. Juga semasa artikel ini ditulis, kelajuan maksimum RAM di pasaran adalah 1066 MHz, bersamaan dengan 1.06 GHz. Lihat betapa jauhnya perbezaan antara kelajuan prosessor dengan kelajuan RAM. Walau bagaimanapun, kelajuan RAM yang tidak sama dengan kelajuan prosessor akan menyebabkan ketidakstabilan sistem. Kalau pun kelajuan RAM mampu mencapai selaju kelajuan prosessor, sudah tentu pula

harganya akan meningkat. Hal ini akan membebankan pengguna. Maka cache dihasilkan, sebagai memory utama yang dipasang di dalam prosessor, kerana hanya cache adalah memory yang dapat bergerak sepantas prosessor.

Oleh sebab cache telah dipasang di dalam prosessor, sudah tentulah ia berperanan penting untuk mengoptimumkan prosessor itu sendiri. Fungsi cache adalah meningkatkan proses MIPS executing dalam prosessor, dengan serta merta menjadikan prosessor lebih efisyen. Dengan ini, prosessor tidak perlu menunggu semasa data diambil dari RAM. Proses akan menjadi lebih pantas, dan menggunakan prosessor pada kadar 100%!

Em... walaupun begitu, tidak semuanya baik tentang cache. Ada juga yang tidak baiknya. Untuk membina cache sahaja di dalam prosessor, pembinaan ini telah menggunakan 60% ruang daripada seluruh prosessor. Seperti yang kita tahu, lebih banyak transistor dalam sesebuah prosessor, maka prosessor akan menjadi lebih pantas, tetapi disebabkan hanya tinggal 40% sahaja ruang, maka penambahan transistor adalah terhad.

Disebabkan hal ini juga, seperti yang dikatakan tadi, penggunaan cache yang lebih besar akan meningkatkan kos prosessor. Di samping itu, cache latency (kependaman cache) akan meningkat secara terus dengan saiz cache. Lebih besar cache, lebih besar latency. Juga peningkatan saiz cache akan meningkatkan jumlah pipeline di dalam prosessor. Jumlah pipeline yang banyak bukanlah satu yang baik, kerana keadaan ini hanya akan melembabkan aliran data. Kos juga akan turut meningkat dengan jumlah pipeline yang tinggi. Berkaitan dengan kos juga, pembinaan cache juga akan menjadikan rekabentuk prosessor menjadi semakin kompleks! Semakin kompleks, semakin mahal!

Baiklah. Paling kurang, anda sudah sedikit sebanyak tahu tentang cache. Kami akan menerangkan tentang peranan cache serta kesan-kesannya pada prestasi prosessor. Untuk memudahkan pemahaman anda, kami mengambil prosessor paling popular daripada Intel, iaitu Pentium 4. Untuk model ini, kami mengambil dua jenis Pentium 4. Jenis pertama ialah core Northwood, yang dilengkapi dengan L1 cache bersaiz 8 kb serta L2 cache

bersaiz 512kb. Jenis yang kedua ialah core Prescott, dengan L1 cache bersaiz 16 kb dan L2 cahce bersaiz 1024 kb (1 MB). Bagi yang sentiasa mengikuti perkembangan teknologi prosessor, anda mungkin sudah tahu dengan masalah yang dihadapi oleh Intel dengan Pentium 4 core Prescott.

Prescott adalah core ketiga untuk Pentium 4, dilengkapi dengan saiz cache yang dua kali ganda lebih besar daripada Northwood untuk meningkatkan prestasinya. Prescott dibina dengan menggunakan teknologi fabrikasi 90 nm. Dengan teknologi yang sedemikian rupa, Prescott adalah core baru yang diberi harapan oleh Intel untuk beroperasi jauh lebih hebat daripada Northwood. Walau bagaimanapun, keputusan yang diperoleh adalah mengecewakan! Prescott bukan sahaja tidak dapat mencapai prestasi yang lebih baik daripada Northwood, malah lebih teruk! Prescott juga menghadapi masalah haba yang kritikal. Penurunan prestasi Prescott bergantung pada banyak faktor. Salah satu faktor yang terlibat adalah saiz cache Prescott, yang akan dibincangkan dan dibuat perbandingan selepas ini.

Sebab itulah, prestasi Prescott lebih teruk jika dibandingkan dengan Northwood, kerana lebih besar saiz cache, lebih besar latency. Hal ini adalah salah satu faktor yang memberikan implikasi kepada prestasi Prescott. Untuk membolehkan Prescott menyaingi Northwood kembali, clock speed Prescott mestilah dinaikkan sehingga 4.8 GHz hingga 5.0 GHz! Walau bagaimanapun, sehingga artikel ini ditulis, Intel masih gagal mencecah 4 GHz pada prosessor Pentium 4, tetapi dengan peningkatan teknologi yang lain, Prescott sudah menjadi sangat berkuasa, dan telah berjaya mengatasi prestasi Northwood.

Bunyi BEEP pada komputer anda


Bunyi BEEP pada komputer anda

Terdapat beberapa jenis modul / model BIOS (basic input output system) pada motherboard anda. Pernahkah atau mungkin anda pernah mendegar bunyi BEEP pada komputer anda sewaktu masa menghidupkan / onkan komputer anda? Jika anda pernah mendengar bunyi BEEP, bagaimana pula anda mahu mentafsir bunyi BEEP tersebut? Di bawah ini saya sertakan beberapa jenis model BIOS yang popular.

AMI BIOS
1. Bunyi BEEP hanya sekali sahaja.
Kemungkinan RAM (random access memory) mempunyai masalah atau pun
tidak dipasang dengan betul.

2. BEEP sebanyak enam kali
Kemungkinan keyboard / papan kekunci anda sudah rosak atau tidak dipasangkan
dengan betul pada p/s2 port atau USB port.

3. BEEP sebanyak lapan kali
Kemungkinan VGA (Video Graphics Array) kad atau pun graphic card anda
mengalami masalah atau pun tidak dipasang dengan betul.

4. BEEP sebanyak 11 kali
Checksum Error iaitu melibatkan bateri CMOS anda pada motherboard. Anda boleh menukar bateri CMOS yang baru jika mengalami masalah ini.

Award BIOS
1. Bunyi BEEP yang panjang
Memori anda mempunyai masalah atau tidak dipasang dengan betul.

2. 1 BEEP panjang dan 2 BEEP pendek
VGA kad atau graphic kad mempunyai masalah atau tidak dipasang dengan betul.

3. 1 BEEP panjang, 3 BEEP pendek
Kemungkinan keyboard anda bermasalah atau tidak dipasang dengan betul pada
p/s2 port atau USB port.

4. Bunyi BEEP yang berpanjangan (contiuouns BEEP)
RAM atau VGA kad anda tidak dipasang dengan betul.

Pheonix BIOS
1. 1 BEEP, 1 BEEP dan 4 BEEP
Disebabkan BIOS anda tidak berfungsi. Boleh update atau flash BIOS.

2. 1 BEEP, 2 BEEP dan 1 BEEP
Disebabkan motherboard anda yang sudah rosak.

3. 1 BEEP, 3 BEEP dan 1 BEEP
RAM anda mungkin bermasalah atau tidak dipasang dengan betul.

4. 3 BEEP, 1 BEEP dan 1 BEEP
Adalah disebabkan masalah motherboard computer anda.

5. 3 BEEP, 3 BEEP dan 4 BEEP
VGA kad atau graphic anda bermasalah atau tidak dipasang dengan betul.

Apakah itu Optical Disc Drive?


Apakah itu Optical Disc Drive?

Optical Disc Drive merujuk kepada sesuatu hardware yang melaksanakan operasi membaca atau menulis pada sesuatu cakera optik (optical disc) seperti CD-ROM, DVD-ROM CD-R dan CD-RW. Antara contoh optical disc drive ialah CD-ROM drive, DVD-ROM drive, DVD-RW drive, CD-RW drive dan sebagainya.
Secara amnya, terdapat 4 penyambung pada sesuatu optical disc drive:
Drive Mode Select Jumper: Digunakan untuk menetapka konfigurasi optical disc drive sama ada Master, Slave, atau Cable Select dan sebagainya.
IDE Connector: Di mana kabel IDE disambungkan.
Power Connector: Di mana kabel kuasa molex dari Power Supply Unit disambungkan.
Audio Line: Membolehkan optical disc drive memainkan CD Audio secara terus tanpa bantuan perisian seperti Winamp dan Windows Media player.

Apa itu Computer Bus?


Apa itu Computer Bus?

Pada suatu sistem komputer, bus merupakan suatu subsistem yang menyambungkan sesuatu hardware/peripheral antara satu sama lain dan juga ke komputer lain bagi tujuan pemindahan data dan bekalan kuasa. Dengan kata lain, bus merupakan suatu sistem ‘perhubungan’ atau ‘penyambungan’ antara sesuatu komponen komputer dalam sebuah sistem komputer atau sesama sistem komputer untuk berinteraksi antara satu sama lain. Tidak seperti sambungan anatara dua titik seperti penyambungan wayar antara komponen elektrik (contohnya sambungan LED ke sel kering), bus boleh menyambungkan banyak komponen/peripheral komputer pada suatu laluan/sambungan (penyambung ini bertindak seperti wayar). Contoh bus pada sistem komputer ialah address bus, control bus, data bus dan Front Side Bus (FSB). FSB merupakan data bus kepada CPU di mana ia menyambungkan CPU ke lain-lain peripheral dan komponen komputer seperti hard disk, RAM, USB, PCI dan sebagainya. Bus-bus ini kebanyakannya terletak pada litar motherboard suatu sistem komputer.
Computer bus terbahagi kepada dua – iaitu Internal Computer bus dan External Computer bus. Dan setiap satu bus ini terbahagi kepada dua jenis sistem, iaitu Parallel Bus (membawa data melalui sambungan pelbagai wayar) dan Serial Bus (membawa data dalam bentuk bit siri).
Contoh Internal bus ialahParallel bus: PCI, ISA,AGP Serial bus: PCI-Express dan Hyper-transport
Contoh External bus ialah:Parallel bus: ATA/IDE/ATAPI, SCSI dan PC card (juga dikenali sebagai PCMCIA, kebiasannya digunakan pada laptop)Serial bus: SATA, USB, Firewire/IEEE1394.



Universal Serial Bus (USB)

USB adalah suatu sambungan perkakasan ke PC yang mantap – ia menyelesaikan masalah ‘perlu menambah kad perkakasan pada slot PCI apabila ingin menaik taraf/upgrade PC', selain membolehkan sebarang perkakasan dipasang (plug and play) dan ditanggal dengan mudah tanpa perlu memulakan semula/restart PC anda.
Sambungan USB diperkenalkan sebanyak empat kali (USB 1.0 FDR, USB1.0, USB1.1, dan USB 2.0) dengan tiga sambungan kelajuan berbeza mengikut perkakasan; Low speed rate (1.5Megabit sesaat), Full Speed rate (12Megabit sesaat) dan Hi-speed rate (480megabit sesaat).
USB PortTerdapat dua jenis USB port – iaitu jenis Standard A dan standard B (atau Type A dan Type B). Biasanya port Standard A terdapat di motherboard PC, manakala Standard B pula terdapat pada gadjet elektronik kecil seperti kamera digital, komputer tangan dan sebagainya.
Kebanyakan perkakasan PC masakini menggunakan antaramuka penyambungan USB bagi menggantikan sambungan LPT dan COM.
USB Connector/HeaderUSB connector, atau USB Header terletak pada permukaan motherboard. Connector ini digunakan untuk menyambung port USB yang terdapat pada ATX casing ke motherboard, atau sesuatu hardware lain secara terus ke motherboard.


Advanced Technology Attachment (ATA)

ATA, atau dengan nama lain iaitu IDE, E-IDE, ATAPI, UDMA, PATA, semuanya merujuk kepada antaramuka standard bagi penyambungan hard disk drive dan optical drive (CD-ROM drive, DVD-ROM drive dan sebagainya) pada sistem PC dengan menggunakan kabel riben IDE (atau lebih dikenali ramai sebagai kabel IDE). Kabel IDE menyambungkan hard disk drive dan optical drive ke IDE connector (atau IDE controller) yang terdapat di motherboard PC. Pada zaman awal pengenalan ATA, antaramuka ini hanya boleh disambungkan kepada hard disk drive sahaja. Tetapi lama kelamaan antaramuka ini dinaik taraf dan boleh disambungkan pada banyak hardware lain seperti optical drive dan ZIP drive.
ATA merupakan salah satu dari computer bus dalam kategori external bus. Dengan pengenalan sejenis antaramuka baru iaitu SATA (Serial –ATA), yang juga merupakan computer bus jenis external, antaramuka ATA lebih dikenali sebagai PATA (Parallel-ATA) – kerana ATA asal merupakan sejenis external bus yang disambung secara selari (parallel) manakala SATA pula disambungkan secara sesiri (serial)Penyambungan hardware ke antaramuka ATA.


Kebiasaannya, terdapat 3 soket penyambung/connector 40-pin pada kabel IDE. Satu soket connector, iaitu yang mempunyai jarak yang agak jauh antara soket connector bersebelahan (No 1 sperti dalam gambarajah di atas) disambungkan ke IDE Connector pada motherboard. Manakala baki dua soket connector disambungkan kepada IDE Connector yang terdapat pada hard disk drive atau optical drive.
Oleh kerana terdapat dua IDE Controller pada motherboard (primary dan slave), dan dua hardware boleh disambungkan pada satu kabel IDE (kerana ada dua soket connector), maka hanya maksimum empat hardware(yang disambung pada antaramuka ATA, iaitu hard disk drive, optical drive dan ZIP drive) yang dapat disambungkan pada antaramuka ATA standard. Dan setiap hardware yang disambungkan pada kabel IDE pula mempunyai konfigurasinya sendiri, sama ada Master atau Slave.
Jika anda ingin menggunakan lebih daripada empat hardware, maka anda boleh menyambungkannya pada IDE Controller tambahan yang boleh didapati dalam bentuk expansion card dan disambungkan ke slot PCI

Serial Advanced Technology Attachment (SATA)

SATA merupakan satu antaramuka baru berasakan teknologi lama iaitu PATA, atau Parallel-ATA (Pada asalnya dikenali sebagai ATA, kemudian dipanggil PATA bagi membezakannya dengan SATA). Antaramuka SATA digunakan untuk menyambungkan hard disk drive, dan ia semakin poular dan secara perlahan-lahan menggantikan sambungan antaramuka standard ATA kerana kelajuan pemindahan datanya yang lebih tinggi.
SATA merupakan salah satu daripada computer bus dalam kategori external bus, da ia disambung secara sesiri (serial) berbanding dengan ATA standard, atau PATA yang disambung secara selari(parallel). Antaramuka SATA terkini boleh mencapai kadar pemindahan data sehingga 1.2 Gigabit sesaat, atau 150 Megabait sesaat.
Sama seperti hardware yang menggunakan antaramuka standard ATA, hardware SATA juga memerlukan kabel kuasa dan kabel penyambung ke SATA controller di motherboard untuk berfungsi. Apa yang membezakannya ialah fizikal kabel bekalan kuasa dan kabel penyambung. Untuk antaramuka SATA, kabel bekalan kuasa 15-pin, berbeza dengan ATA yang menggunakan kabel belakan kuasa molex 4-pin. Jika standard ATA menggunakan kabel IDE 40-pin untuk penghantaran data, SATA pula menggunakan kabel 7-pin yang jauh lebih halus. Antaramuka SATA juga tidak menggunakan konfigurasi master/slave seperti standard ATA dalam penyambungan hardware ke sistem PC.

Peripheral Component Interconnect (PCI), PCI-E dan PCI-X

PCI (Perpheral Component Interconnect) merupakan salah satu daripada computer bus yang menyambungkan sesuatu device atau peripheral ke sistem komputer. Dua kaedah sambungan device PCI ialah :1. Litar Bersepadu yang dibina pada motherboard sendiri (Onboard chip): Pada motherboard,, terdapat cip-cip litar bersepadu (IC) yang bertindak sebagai device bagi sistem komputer, contonhya graphic adapter, sound adapter, network adapter dan lain-lain.2. Melalui peripheral (atau device) dalam bentuk expansion card yang dimasukkan ke slot PCI, contohnya graphics card, sound card, network card dan lain-lain.
Slot PCISemua motherboard masakini mempunyai slot PCI sebagai tambahan atau ganti kepada ISA slot (yang menggunakan ISA bus). Terdapat dua hingga enam slot PCI pada sesuau motherboard, bergantung kepada jenis dan model.
Selain dari slot PCI, motherboard generasi terbaru juga menydiakan slot PCI-E.
Slot PCI-EPCI-E merujuk kepada Peripheral Component Interconnect Express, PCI-Express juga merupakan salah satu daripada computer bus di mana ia mempunyai kadar pemindahan data yang berganda berbanding PCI. Selain itu, PCI-E menyokong penyambungan dua hala sesiri (serial, two way connection) berbanding PCI iaitu sambungan sehala selari (single parallel). Slot PCI-E adalah seperti rajah dan kebiasannya disambungkan ke expansion card generasi terkini seperti graphics card edisi terbaru siri Radeon X (oleh ATI) dan nVidia 6 Series (oleh nVidia)
PCI-XMerujuk kepada PCI – extended. Ia mempunyai kadar penghantaran data yang lebih tinggi sehingga 1Gbit sesaat berbanding PCI (133)

Accelerated Graphics Port (AGP) sebagai computer bus

Tidak seperti computer bus lain, Accelerated Graphics Port merupakan sejenis bus “point-to-point”, iaitu satu sambungan laluan penghantaran data dari “satu titik ke satu titik” berkelajuan tinggi yang hanya digunakan oleh satu hardware, iaitu graphics card pada sistem komputer peribadi. Ia tidak seperti kebanyakan computer bus lain di mana banyak hardware disambungkan pada satu laluan penghantaran data, iaitu “one-point to many”, atau sambungan “dari satu titik ke banyak titik lain”, seperti contoh PCI (Peripheral Component Interconnect) dan ATA (Advanced Technology Attachment) di mana lebih dari satu hardware dapat disambungkan pada satu bus (laluan penghantaran data), atau antaramuka yang sama.
Antaramuka sambungan AGP mulai digunakan untuk sambungan graphics card pada PC bagi menggantikan antaramuka PCI sekitar tahun 1998. AGP menawarkan kelajuan penghantaran data yang jauh lebih tinggi berbanding dengan PCI. Walau bagaimanapun, sebuah computer bus yang lebih berprestasi tinggi, iaitu PCI-E (PCI-Express), menjadi semakin popular di kalangan pengguna masakini. Dengan pengeluaran pelbagai graphics card baru oleh syarikat pengeluar seperti ATI dan nVidia menggunakan antaramuka PCI-E, maka populariti AGP dijangka akan semakin berkurangan pada masa akan datang.


Front Side Bus (FSB) Level 2 dan Level 3 Cache

Front Side Bus merupakan salah satu dari computer bus, dan ia merupakan data bus bagi sesebuah CPU. Bus ini membawa data dan maklumat dari CPU ke lain-lain peripheral dan komponen komputer seperti hard disk, RAM, USB, PCI dan sebagainya. Bus moden masakini menjadi laluan ‘tulang belakang’ antara CPU dan chipset pada motherboard iaitu northbridge dan southbridge.
Apabila menyebut mengenai Front Side Bus speed (atau FSB) ia sebenarnya merujuk kepada kelajuan CPU berinteraksi dengan RAM dan peripheral/hardware lain dalam sesuatu sistem komputer, contohnya 66Mhz, 100Mhz, 133Mhz sehingga melebihi 1000Mhz. Konfigurasi antara FSB dan clock multiplier pada CPU menentukan kelajuan sesuatu CPU.
Katakan CPU komputer anda beroperasi pada 800Mhz, maka kemungkinan CPU anda beroperasi pada FSB sebanyak 100Mhz, dan clock multiplier diset pada 8. Makakelajuan CPU ialah 100Mhz didarab dengan 8 menghasilkan 800Mhz. Dengan memanipulasi clock multiplier dan FSB, maka anda boleh melakukan ‘overclock’ pada sistem komputer anda, iaitu menginjak naikkan kelajuan CPU anda dari kelajuan asal yang ditetapkan oleh kilang. Perubahan konfigurasi ini boleh dilakukan pada menu BIOS pada setiap sistem komputer. Walau bagaimanapun sejak kebelakangan ini, banyak syarikat pengeluar tidak lagi membenarkan overclock dengan mengunci/lock fungsi clock multiplier dari diubah pengguna. Overclock tanpa pengetahuan yang cukup mengenai spesifikasi motherboard dan CPU boleh menyebabkan kerosakan pada slaah satu atau kedua-dua komponen tersebut.
Level Cache (L2 dan L3 cache)CPU terkini kebanyakannya mempunyai L2 cache dan L3 cache yang disambungkan ke CPU melalui back side bus. Kelebihan Level cache adalah akses ke memori oleh CPU adalah lebih pantas berbanding dengan melalui FSB.

Monday, August 20, 2007

Virus dan Antivirus



Virus dan Antivirus


Sejak akhir-akhir ini peningkatan virus , malware , spyware , worm , spam dan bermacam-macam kategori virus komputer semakin meninggkat.Dalam kategori virus terdapat berbagai-bagai nama yang diberi seperti brontok , trojan , hoak , w32 , exe dan sebagainya.Sebenarnya virus tidak mempunyai nama , nama diberikan oleh mereka yang menjumpainya buat pertama kali.Mereka yang akan memberi nama pada virus tersebut. Akibat dari terkena virus akan mengalami berbagai-bagai efect , ada yang tidak boleh shut down , disable antivirus , disable registry , komputer jadi perlahan , data hilang create folder , locked folder , hilang menu dan sebagainya.
Pada masa dahulu pencipta virus mencipta virus untuk mencari publisiti murahan manakala pencipta virus pada masa sekarang mencari duit.Virus pada masa dahulu dicipta untuk menyerang semua rangkaian komputer diseluruh dunia.Pada masa sekarang virus hanya akan menyerang sesebuah negara atau organisasi sahaja.Sebagai contoh virus brontok hanya menyerang komputer di Asia sahaja.Setiap virus pada masa sekarang akan menyerang semua sistem dalam komputer berbanding virus dahulu hanya menyerang sesetengah sistem pada komputer.
Di Malaysia kebanyakan personal komputer menggunakan perisian Antivirus percuma.Badan-badan kerajaan dan swasta pula menggunakan perisian Antivirus berbayar. Perisian Antivirus berbayar memang boleh dipercayai dari segi security berbeza dengan perisian Antivirus percuma boleh diragui.Antara perisian Antivirus berbayar yang boleh dipercayai seperti Norton Antivirus , TrendMicro , McAfee dan banyak lagi.
Apa yang saya ingin kongsikan mengenai perisian Antivirus percuma.Terdapat banyak perisian Antivirus percuma pada masa sekarang.Ada sesetengah yang tidak boleh dipercayai kerana perisian itu sendiri yang membawa virus ke dalam komputer.Berikut adalah sebahagian perisian-perisian Antivirus percuma yang boleh dipercayai pada pandangan saya.
Grisoft AVG
Awast
Avira AntiVir Personal Edition
ClamWin
Kaspersky Lab
Panda
Terdapat banyak lagi Antivirus percuma pada masa sekarang.Saya cadangkan anda pastikan dahulu samada Antivirus tersebut boleh dipercayai atau pun tidak. Pastikan anda install tidak lebih dari 2 Antivirus pada komputer ini kerana akan menyebabkan komputer akan menjadi perlahan.

Apakah itu spyware?




Bersesuaian dengan namanya spyware (spy + software) merupakan perisian komputer yang apabila berada di dalam PC anda, ia akan melaksanakan beberapa arahan seperti mengumpul pelbagai data dari komputer anda (dari cara penggunaan anda, minat anda sehinggalah kepada maklumat peribadi anda), menyiarkan iklan-iklan yang tidak dikehendaki malah mengubah konfigurasi komputer anda - dan semua ini dilakukan tanpa pengetahuan dan kebenaran anda!
Antara petanda komputer anda telah diserang spyware adalah seperti:1. Komputer anda dipenuhi pelbagai iklan – desktop anda penuh dengan pelbagai ikon yang menawarkan perkhidmatan, samada berbayar atau percuma; paparan pop-up iklan muncul secara tiba-tiba menyuruh anda membeli beberapa produk, seolah-olah anda melayari internet walaupun pada ketika itu kompuer anda tidak disambungkan ke internet; Start Menu anda juga dipenuhi dengan pelbagai shorcut ke laman web promosi pelbagai khidmat dan produk.
2. Perubahan ketara pada pelayar internet anda – Pelayar internet anda, terutamanya Internet Explorer (dan juga yang lain-lain seperti Netscape dan Firefox) dipenuhi dengan butang-butang yang tidak anda tidak pernah lihat sebelum ini, kebanyakannya berkaitan periklanan dan anda dapati amat sukar untuk menghilangkannya walaupun pelbagai setting telah diubah; Selain itu, segala konfigurasi pelayar anda telah berubah dengn sendirinya – setting laman ‘Home’ anda telah bertukar menjadi laman web lain yang tidak diketahui, walaupun anda telah menukar ‘setting’ home anda kepada alamat asal, namun ia tetap memaparkan laman web yang tidak diketahui itu; jika anda cuba ke laman ‘search engine’ seperti yahoo atau google, pelayar internet anda secara automaik membawa anda ke satu lagi laman ‘search engine’ lain (yang mungkin anda tidak langsung tahu mengenainya); anda juga mungkin gagal terus untuk megakses ke laman web popular seperti Yahoo!Mail, microsoft.com, google.com dan sebagainya.
3. Komputer anda menjadi lembap dan kerap ‘hang’ – Anda akan mendapati prestasi komputer anda semakin menurun; lampu merah LED pada mini tower anda berkelip-kelip tanpa henti walaupun tiada perisian atau program dijalankan; pelbagai perisian yang anda tidak pernah pasang/install secara tiba-tiba muncul dalam senarai program di komputer; dan komputer anda semakin kerap ‘hang’ dan terpaksa dihidupkan semula.
Ketiga-tiga simptom di ats menunjukkan kemungkinan besar komputer anda telah diserang spyware. Prestasi komputer anda menurun dan kerap hang kerana pada masa bekerja menggunakan komputer, spyware juga turut sama ‘bekerja’ di belakang tabir tanpa penegtahuan anda –mengumpul maklumat yang diperlukan dan dihantar ke pengkalan data pencipta spyware apabila anda menyambung komputer di internet. Kerja yang anda lakukan dan ditambah pula dengan ‘kerja oleh spyware’ memberi beban kepada memori dan kestabilan komputer anda apabila terlalu banyak proses dijalankan pada suatu masa. Akhirnya komputer anda menjadi seolah-olah lembap dan akhirnya ‘hang’. Spyware yang memaparkan iklan pada komputer anda dikenali juga sebagai ‘Adware’. Perisian spyware bertindak sendiri mengubah konfigurasi komputer anda agar anda terus ‘berhubung’ dengan penciptanya, seperti contoh tidak boleh akses ke laman web tertentu dan memaksa anda ke laman web yang dikehendaki pencipta spyware agar anda terus ‘berhubung’ dan ‘membekal sumber’ padanya. Malah ada spyware yang lebih ‘gangster’ memaksa anda membeli produk tertentu yang diiklankan atau tidak ia akan terus merosakkan sistem komputer anda. Baru-baru ini terdapat ancaman terbaru spyware yang menyamar sebagai perisian antispyware (antispyware ialah perisian untuk mencegah, menghalang dan membersih komputer dari ancaman spyware).
Tetapi, anda tidak perlu bimbang. Dengan mengenali ‘musuh’ utama komputer anda ini, anda mampu menghalangnya.
Langkah am mengatasi masalah Spyware

Dalam beberapa situasi, anda mungkin membenarkan spyware untuk memasuki ke sistem komputer anda tanpa disedari – contohnya, anda mungkin telah download games atau lagu secara percuma, masa pemasangan/install perisian terbabit, and tidak membaca ‘Terma dan Perjanjian’ yang mengatakan bahawa mereka memberi anda games atau lagu secara percuma, maka anda pula sebagai ganti haruslah membenarkan mereka memasang adware pada komputer anda (Seringkali orang ramai mengabaikannya kerana ia terlalu panjang untuk dibaca, dan ia disediakan dalam Bahasa Inggeris!). Walaupun spyware sebegini selalunya tidak merbahaya, tetapi kita tidak mahu mengambil risiko, maka: - “Baca dahulu terma dan perjanjian sebelum memasang apa-apa perisian atau lagu yang dipindah terima/download dari internet...!”
Tetapi, dalam sesetengah keadaan, spyware tetap dipasang ke komputer tanpa persetujuan anda – yakni walaupun ia tiada dinyatakan dalam ‘Terma dan Perjanjian’. Oleh itu:-
“Jangan download perisian percuma dari laman web yang mencurigakan...”
Selain melalui perisian yang dipindah terima, ada spyware yang terus menyerang sebaik sahaja anda memasuki lamaweb tersebut. Antara laman web yang berisiko tinggi untuk mempunyai spyware ‘bersembunyi’ dan menunggu mangsanya ialah:
1. Laman web yang menawarkan lagu (MP3 dan sebagainya) secara percuma2. Laman web lucah/pornografi3. Laman web yang menyediakan fail crack dan serial number untuk produk tanpa lesen sah.Seperti virus, spyware juga boleh dicegah, dikesan dan dihapuskan dengan bantuan perisian antispyware. Apa yang anda perlu lakukan untuk mendapatkan perisian spyware ini? Anda boleh download pelbagai perisian antispyware secara percuma di Internet. Antara perisian antspyware percuma yang popular ialah Microsoft AntiSpyware dan Adware SE. Klik di sini untuk pautan senarai perisian antispyware percuma yang anda boleh download. Setelah selesai download, maka pastikan:-
“..anda memasang perisian antispyware dan pastikan ia sentiasa memantau komputer anda.”
Biasakan diri untuk kerapkali mengimbas komputer anda dengan perisian antispyware. Selain perisian antispyware: -
“Tingkatkan keselamatan komputer anda dengan memasang Firewall.”
Perisian firewall amat penting bagi memastikan komputer anda tidak diceroboh oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab, sambil berpotensi menghalang virus daripada memasuki sistem komputer anda.
Jika anda menggunakan Windows XP dengan Service Pack 2, anda telah dilengkapi dengan Windows Firewall. Klik pada Control Panel > Windows Firewall. Pastikan ia berada pada status ON.
[NOTA: Sekiranya opsyen ini tiada pada Control Panel, maka windows anda tidak dilengkapi dengan Service Pack 2. Anda boleh mendapatkannya secara percuma dengan mengklik Start > All Programs > Windows Update]
Selain itu, terdapat juga beberapa perisian Firewall di pasaran, seperti McAfee Firewall. Spyware sebenarnya dapat menceroboh komputer anda dengan memanipulasi kelemahan yang terdapat pada pelayar internet dan sistem operasi (Contoh sistem operasi ialah WindowsXP) anda. Kelemahan-kelemahan ini akan dibaiki dari semasa ke semasa oleh microsoft. Maka bagi memastikan komputer anda tiada (atau kurang kelemahan) maka :-
“Sentiasa kemaskini/update Windows dan Internet Explorer anda..”
Pastikan komputer anda dikemaskini dari semasa ke semasa. Bagi pengguna Windows, biasakan diri anda untuk ke laman web “Microsoft Update”. Klik Start > All Programs > Windows Update untuk ke Windows Update, atau dari Internet Explorer versi 5 ke atas, piih opsyen Tools > Windows Update
“Tingkatkan keselamatan pelayar Internet anda!”
Anda boleh mengawal keselamatan komputer anda dengan mengubah konfigurasi pelayar Internet anda. Bagi pengguna Internet Explorer versi 6 ke atas, pilih opsyen Tools > Internet Option.
Pada tab Security, klik sekali pada ikon Internet.Kemudian, di ruangan “Security Level for this Zone”, gerakkan penanda aras kepada ‘Medium’ atau ke atas. Jika anda tidak dapat melihat penanda aras itu, klik pada butang “Costum Level...”. Kemudian pada bahagian Reset Costum Setting, pilih Medium atau ke atas dan pilih OK.
Pada tab Privacy, gerakkan penanda aras kepada ‘Medium’ atau ke atas.
Semakin tinggi tahap keselamatan, maka semakin selamat pelayar anda dari serangan spyware. Tetapi ingat, sesetengah laman web, terutamanya laman web e-mail memerlukan beberapa kebenaran akses kepada Cookies dan lain-lain lagi. Maka pilihan ‘Medium’ adalah digalakkan. Klik OK sekali lagi untuk menetapkan setting ini.
Akhir sekali: -
“Layarilah internet dengan bijak dan berhemah...”
Fikir dahulu sebelum download sesuatu perisian atau lain-lain fail percuma. Berhati-hati dengan tawaran iklan yang nampak menarik – kononnya anda telah memenangi sejumlah wang atau pakej percutian atau seumpamanya. Jika anda ingin download sesuatu, pastikan ia adalah dari laman web yang boleh dipercayai, atau jika anda ingin juga download sesuatu, tetapi anda tidak pasti sam ada ia selamat atau tidak, anda boleh membuat carian maklumat mengenainya di mana-mana enjin carian atau ke forum-forum berkaitan di internet.

Panduan cegah komputer dari mengakses ke laman lucah dan seumpama


Panduan cegah komputer dari mengakses ke laman lucah dan seumpama



Kenalpasti kesemua laman web yang pernah dilawati di komputer anda.Dua cara mudah untuk mengenal pasti laman web yang pernah dilawati di Internet Explorer History: Lancarkan Internet Explorer dan klik pada butang History (atau klik pada View > Explorer Bar >History). Pada kolum kanan Internet Explorer, anda akan dapat melihat senarai laman web yang dilawati dari hari ini sehingga tempoh dua minggu yang lepas. Dengan cara ini, anda dapat memantau setiap laman web yang pernah dikunjungi melalui Internet Explorer.[NOTA: Kebanyakan pengguna, termasuk remaja dan kanak-kanak masakini semakin bijak dan tahu untuk memadam senarai dalam History ini sebaik selepas menggunakan internet]

Cache Folder: Satu lagi kaedah ialah dengan melihat kandungan yang terdapat pada cache folder.
Dari Internet Explorer, kik pada Tools > Internet Option. Pada ruangan “Temporary Internet Files”, klik pada butang “Settings”. Kemudian, klik pada butang “View Files”.
Satu tetingkap baru akan dipaparkan, menunjukkan semua fail dari laman web yang pernah diakses sebelum ini. Anda boleh menjejak aktiviti yang dilakukan di internet pada Internet Explorer di sini. Walau bagaimanapun, seperti History, anak anda juga boleh memadam fail ini dengan mudah.
Sekat ke laman berkaitan dengan Content Advisor.Content Advisor merupakan salah satu ciri kawalan yang terdapat pada Internet Explorer. Di sini anda boleh mengawal akses ke laman web tertentu dari pelayar Internet Browser.
Dari Internet Explorer, klik Tools > Internet Option. Kemudian, klik pada tab “Content”.
Pada bahagian “Content Advisor”, klik pada “Enable”
Di sini anda boleh mengawal akses Internet Explorer ke laman web tertentu mengikut kriteria konfigurasi yang anda tetapkan di sini.
Ratings: Tetapkan setakat mana tahap kategori laman web yang dibenarkan akses.Approved Site: Di sini anda boleh menambah senarai laman web yang dihalang akses dan sebagainya. Taipkan laman web lucah atau sebagainnya yang anda dapati dari History sebelum ini di sini dan klik pada butang ‘Never’.
Jangan lupa untuk meletakkan kata kunci atau password agar konfigurasi ini diubah semula oleh orang lain. Klik pada tab ‘General’, kemudia klik pada butang “Create Password” di ruangan “Supervisor Password”. Taipkan password anda di sini.[NOTA: Pastikan anda ingat password anda]
Walaupun begitu, kesemua cara ini mungkin kurang berkesan. Ini kerana anak anda boleh menggunakan pelbagai cara lain untuk akses ke internet. Maka anda boleh perisian kawalan ‘Parental Control’ di mana ia berfungsi menghalang akses ke laman lucah dan sebagainya. Perlu diingat sekali lagi bahawa perisian sebegini bukannya sebagai medium untuk anda melepaskan tanggung jawab memantau aktiviti anak-anak anda dengan mata kepala anda sendiri.
Menggunakan perisian ‘Parental Control’.
Terdapat banyak perisian ‘Parental Control’ yang boleh digunakan. Contohnya adalah Net Nanny (popular), Zone Alarm Pro, Child Web Guardian, Content Protect dan banyak lagi.
Satu perisian parental control percuma berguna boleh didapati pautan bawah:
Download We-Blocker dari We-Blocker.com
Selesai pindah terima dan memasang perisian tersebut, anda akan diminta untuk memasukkan Master Password. Maka taipkan password anda. Seterusnya, anda boleh menambah beberapa user lain dan menetapkan kriteria tapisan terhadap user tersebut.

Memasang Antispyware Spybot dan Spywareblaster



Memasang Antispyware Spybot dan Spywareblaster


Di dalam tutorial ini, anda akan menggunakan dua perisian anti-spyware percuma Spyware Blaster dan Spybot - Search and Destroy yang akan memantau pelayar internet anda dari sebarang serangan spyware yang mungkin wujud dan cuba menyerang sistem komputer peribadi anda.
Spyware Blaster1. Pindah terima/download Spyware Blaster di pautan di bawah dan install.
Download Spyware Blaster dari Softpedia.com
2. Seterusnya, lancarkan program Spyware Blaster. ( Klik Start > All Programs > SpywareBlaster > SpywareBlaster) dan anda akan melihat paparan seperti di bawah:
[NOTA: Jika ini adalah kali pertama anda menggunakan perisian ini, maka satu paparan tutorial ringkas akan muncul. Anda boleh melangkau paparan ini.]
3. Pada ruangan Quick Tasks, klik pada ‘Enable All Protection’.
4. Seterusnya, pada ruangan kolum kiri perisian, klik pada Updates. Kemudian, klik pada butang Check for Updates.
5. Tutup perisian Spyware Blaster.
Spybot – Search & Destroy
1. Pindah terima perisian Spybot – Search & Destroy di pautan di bawah:
Download Spybot - Search & Destroy di Softpedia.com
Setelah selesai pindah terima, install perisian Spybot – Search & Destroy.
Kemudian, lancarkan Spybot – Search & Destroy (Start > All Programs > Spybot – Search & Destroy > Spybot – Search & Destroy)
Jika ini adalah kali pertama anda membuka program ini,maka anda akan dipaparkan dengan Wizard untuk menetapkan konfigurasi perisian kepada optimum. Anda boleh memilih untuk mengikuti wizard ini atau anda boleh memilih Cancel.
Berikut adalah langkah-langkah yang boleh dipraktikkan apabila menggunakan Spybot – Search & Destroy:
1. Tekan butang Update (sambungan internet diperlukan) dan sekiranya terdapat update, maka perisian akan memindah terima secara automatik.
2. Kemudian, pada kolum kanan, klik pada ikon Search & Destroy. Kemudian pilih Check for problems. Perisian spybot akan melaksanakan imbasan ke sistem komputer anda. Setelah selesai, tekan butang “Fix selected problems” sekiranya spyware ditemui.
Lakukan langkah-langkah di atas setiap kali anda selesai menggunakan internet, atau sebelum anda mematikan komputer anda. Walau bagaimanapun, untuk langkah 1, anda boleh melakukannya hanya seminggu sekali jika anda menggunakan sambungan internet dial-up.
PILIHAN ANDA: Seterusnya, lengkapkan komputer anda dengan perisian pemantau antispyware. Anda boleh mendapatkan perisian anti-spyware percuma dari Microsoft, iaitu Microsoft Anti-spyware BETA di pautan di bawah:
Download: Microsoft Antispyware BETA di microsoft.com
Sebaik selesai memindah terima perisian tersebut, pasang/install Microsoft Antipsyware ke PC anda.

Bagaimana & Kenapa Sistem Intenet Boleh Tergugat Atau Terancam




Disini saya nak terangkan bagaimana dan macam mana kite boleh terdedah pada ancaman hackers dan macam-macam lagi...harap bolehlah kita fahami sedikit sebanyak teori yang saya nak sampaikan nie...
Permulaan ke “Internet Security”
Sebagai pengenalan bahagian ini akan menerangkan secara mudah berkenaan aspek keselamatan internet berdasarkan topik-topik berikut. :
• Security is not Default• Teknik-Teknik Permulaan • Siapa Mereka?• Dari Mana Mereka Bermula?• Kenapa Menceroboh?
Security is not Default:Mesej ini merupakan satu peringatan kepada semua pengguna PC terutama kepada mereka yang menguruskan pelayan (server) bahawa tiada suatu sistem operasi (OS) yang selamat pada asalnya (by default).rnrnBiarpun mereka menggunakan UNIX, LINUX yang terkenal dengan keupayaan ciri-ciri keselamatan rangkaian. Apa yang penting dalam setiap OS ialah konfigurasi yang betul, bukannya jenis OS yang digunakan. Ironiknya UNIX yang terkenal dengan aspek keselamatan itu adalah yang paling banyak diceroboh dan merupakan platform popular di kalangan hacker untuk mengujinya!
Artikel-artikel yang disiarkan di laman ini akan cuba mengupas aspek-aspek keselamatan komputer secara ringkas untuk panduan umum dalam mengawasi komputer mereka dari penceroboh. Juga kepada mereka yang ingin membantu, anda digalakkan untuk menghantar artikel melalui email kepada Webmaster untuk disiarkan.Analogy of Intrusion:Pencerobohan ke atas sesuatu PC atau server dilakukan melalui beberapa cara yang diistilahkan sebagai Hacking, Cracking dan Exploits. Umpamakan penceroboh itu ingin memasuki sebuah rumah yang dikunci pagarnya dengan mangga bernombor , penceroboh akan melakukan beberapa perkara seperti berikut:• Mengawasi pergerakan tuan rumah keluar masuk untuk beberapa hari sebelum pencerobohan di lakukan untuk mendapatkan maklumat asas tentang kesesuaian waktu menceroboh, ciri-ciri keselamatan rumah berkenaan seperti jenis kunci yang digunakan, kedudukan pintu, tingkap dan mungkin lain-lain lubang yang boleh dimasuki. Kedua-dua peringkat ini diistilahkan sebagai Scanning.• Kadangkala penceroboh turut mencuri pandang kominasi nombor yang digunakan oleh tuan rumah berkenaan dengan teropong dari jarak jauh untuk beberapa lama. Proses mencuri pandang ini dikenali sebagai sniffing atau Sniffer.• Setelah mendapat maklumat dan kesesuaian waktu, penceroboh akan mula memasuki rumah berkenaan. Mungkin pada awalnya mereka akan cuba menggunakan kaedah yang mudah iaitu dengan menguji secara rambang kombinasi nombor mangga pada pagar rumah mangsa dengan berpandukan maklumat asas tuan rumah seperti no. plat kereta, no rumah, telefon dan sebagainya. Proses menguji-cuba ini dikenali dengan nama Hacking atau Cracking.• Sekiranya usaha secara uji-cuba ini gagal atau mengambil masa terlalu panjang, mereka akan menukar strategi kepada lebih keras dengan memecahkan mangga berkenaan atau lain-lain pintu, tingkap atau lubang yang agak lemah buatannya pada rumah mangsa. Tindakan agresif ini disifatkan sebagai Exploits.• Bagi penceroboh yang berpengalaman, mereka tidak akan membiarkan diri mereka dikenali, oleh itu mereka mungkin akan menggunakan teknik-teknik penyamaran seperti memakai topeng hatta menggunakan sihir seperti halimunan dan sebagainya. Keadaan mereka dalam keadaan tidak dikenali ini boleh disamakan sebagai Anonymity atau Anonymous. Contoh di atas merupakan analogy mudah untuk kefahaman tentang tahap attack sahaja. Bagaimanapun definisi lengkap berkenaan teknik-teknik di atas diterangkan di bahagian berkenaan.

Siapa Mereka?Profil tipikal penceroboh berdasarkan buku Maximum Security (dan tambahan oleh penulis) adalah seperti berikut: • Seorang yang mempunyai asas programming dalam bahasa C, C++ atau Perl yang banyak digunakan dalam aturcara rangkaian atau web script. • Mahir dalam protokol internet TCP/IP merupakan mandatori kepada penceroboh internet atau remote base attack. • Seorang yang menghabiskan banyak masa di internet melebihi 50 jam sebulan dan kebanyakkan dari mereka bekerja di sektor yang menggunakan komputer tetapi tidak terhad kepada IT profesional sahaja.• Mempunyai pengetahuan mendalam tentang sekurang-kurangnya dua OS terutamanya UNIX dan/ atau VMS, Linux dan Windows NT.• Mempunyai koleksi software lama yang hampir pupus tetapi berkeupayaan tinggi terutama yang berasaskan DOS yang hingga kini tidak dapat ditandingi oleh sofware moden. Sebagai contoh, program DEBUG dalam DOS yang amat berkuasa (powerfull) untuk menganalisis hardware configuration pada PC.
Dari Mana Mereka Bermula?Tapak pelancaran atau OS yang digunakan oleh penceroboh berbagai. Kebanyakkan hacker yang established menggunakan OS UNIX, manakala MacOS adalah yang paling kurang sekali memandangkan tools nya kurang dan bilangan pengguna internet untuk sistem operasi MacOS amat kecil berbanding OS lain. Antara OS popular lain adalah Linux atau FreeBSD memandangkan OS berkenaan adalah mudah diperolehi, percuma dan kurang menggunakan hardware resource ( hatta PC 486 boleh menjalankan Linux) di tambah dengan ciri-cirinya yang menyerupai UNIX.
Bagaimanapun Windows NT kini semakin menjadi pilihan kepada hacker untuk menceroboh terutamanya kerana bilangan pengguna Windows di internet semakin bertambah dan security tools berkaitan Windows mudah didapati diinternet. Bilangan pelayan internet komersil yang menggunakan WindowsNT Server kini meningkatdengan mendadak ditambah dengan cadangan penggabungan DEC dan Microsoft akan mengalih pandangan hacker kepada Windows NT sebagai platform mereka. Bagaimanapun adalah mudah menggunakan OS yang sama dengan mangsa untuk menceroboh. Misalnya jika ingin menceroboh Linux, gunakan platform Linux juga sebagai tapak OS anda untuk memudahkan komunikasi dan memastikan anda mahir dengan sistem keselamatan/kelemahan OS mangsa.

Kenapa Menceroboh?Pelbagai alasan dan justifikasi oleh penceroboh untuk menyerang mangsa mereka, antaranya:• Benci - mungkin hacker berkenaan tidak menyukai mangsa atau beliau adalah salah seorang yang dianiayai oleh mangsa sebelum ini. • Cabaran - hacker umumnya seorang yang menyukai cabaran dan mencerobohi sesuatu rangkaian baginya adalah sesuatu yang menyeronokkan. • Wang - sesetengah hacker diupah untuk menceroboh sesuatu rangkaian oleh orang kedua untuk sesuatu alasan. • Ingin tahu - rasa ingin tahu sesuatu maklumat atau kandungan di dalam PC seseorang atau sekadar mencuba keselamatan sesuatu sistem.• Politik - fenomena ini jarang berlaku di negara yang telus sistem demokrasi dan hak bersuara. Ianya dilakukan oleh pihak yang bertentangan ideologi yang ingin memusnahkan antara satu sama lain. Umumnya kegiatan ini dilakukan oleh pihak pemerintah atas dasar pengukuhan kuasa. • Sabotaj - sesetengah pencerobohan dilakukan oleh pengintip terutamanya ke atas server agensi penting kerajaan untuk mendapatkan maklumat atau sekadar ingin memusnahkan jaringan komunikasi web musuh mereka di saat-saat kritikal seperti ketika peperangan atau pilihanraya.

Virus dan Antivirus





Virus dan Antivirus



Sejak akhir-akhir ini peningkatan virus , malware , spyware , worm , spam dan bermacam-macam kategori virus komputer semakin meninggkat.Dalam kategori virus terdapat berbagai-bagai nama yang diberi seperti brontok , trojan , hoak , w32 , exe dan sebagainya.Sebenarnya virus tidak mempunyai nama , nama diberikan oleh mereka yang menjumpainya buat pertama kali.Mereka yang akan memberi nama pada virus tersebut. Akibat dari terkena virus akan mengalami berbagai-bagai efect , ada yang tidak boleh shut down , disable antivirus , disable registry , komputer jadi perlahan , data hilang create folder , locked folder , hilang menu dan sebagainya.
Pada masa dahulu pencipta virus mencipta virus untuk mencari publisiti murahan manakala pencipta virus pada masa sekarang mencari duit.Virus pada masa dahulu dicipta untuk menyerang semua rangkaian komputer diseluruh dunia.Pada masa sekarang virus hanya akan menyerang sesebuah negara atau organisasi sahaja.Sebagai contoh virus brontok hanya menyerang komputer di Asia sahaja.Setiap virus pada masa sekarang akan menyerang semua sistem dalam komputer berbanding virus dahulu hanya menyerang sesetengah sistem pada komputer.
Di Malaysia kebanyakan personal komputer menggunakan perisian Antivirus percuma.Badan-badan kerajaan dan swasta pula menggunakan perisian Antivirus berbayar. Perisian Antivirus berbayar memang boleh dipercayai dari segi security berbeza dengan perisian Antivirus percuma boleh diragui.Antara perisian Antivirus berbayar yang boleh dipercayai seperti Norton Antivirus , TrendMicro , McAfee dan banyak lagi.
Apa yang saya ingin kongsikan mengenai perisian Antivirus percuma.Terdapat banyak perisian Antivirus percuma pada masa sekarang.Ada sesetengah yang tidak boleh dipercayai kerana perisian itu sendiri yang membawa virus ke dalam komputer.Berikut adalah sebahagian perisian-perisian Antivirus percuma yang boleh dipercayai pada pandangan saya.
Grisoft AVG
Awast
Avira AntiVir Personal Edition
ClamWin
Kaspersky Lab
Panda
Terdapat banyak lagi Antivirus percuma pada masa sekarang.Saya cadangkan anda pastikan dahulu samada Antivirus tersebut boleh dipercayai atau pun tidak. Pastikan anda install tidak lebih dari 2 Antivirus pada komputer ini kerana akan menyebabkan komputer akan menjadi perlahan.

Sunday, August 12, 2007

Sembunyi File & Folder | Hidden File




Anda mempunyai file atau folder yang ingin disembunyikan dalam komputer atau dalam bahasa komputer “hidden file or folder”.File yang selalu disembunyikan oleh user seperti file peribadi,file-file sulit pejabat dan sebagainya.File-file terebut harus/wajib disembunyikan bagi mengelak orang lain melihat maklumat yang tidak seharusnya dilihat oleh mereka.Sebagai contoh komputer dipejabat yang selalu diguna pakai oleh ramai user secara tidak langsung file tersebut akan senang dilihat oleh user.Untuk menyembunyikan file-file tersebut hanya perlu beberapa langkah “setting”.Menyembunyikan Folder
Langkah pertama yang harus dilakukan klik kanan pada folder yang hendak disembunyikan.Pilih “properties”.
“Properties” folder tersebut akan keluar dan tip pada
“Attributes Hidden.Kemudian klik button apply dan ok.
Melihat Folder Yang Disembunyikan
Buka My Computer.Pada toolbars atas ada menu tools dan klik pada “Folder Options.
Terdapat General,View,Files Types,Offline Files.Pilih View
Dibawah “Advanced setting” tip pada “Show hidden files and folders” untuk melihat folder yang disembunyikan.”Do not show hidden files and folders” untuk menyembunyikan kembali.

Sharing Printer




Sharing Printer
Tutorial kali ini bagaimana ingin sharing printer dalam satu pejabat / bahagian /unit / rumah dan sebagainya yang mana komputer tersebut dalam network yang sama.Satu komputer harus dijadikan sebagai master printer dimana komputer lain akan disambung ke komputer tersebut.
Setting Komputer Master Printer
Klik Start -> Printers and Faxes
Klik kanan ke atas pencetak yang dipilih dan tekan “Sharing”
Pastikan sekiranya anda menggunakan komputer Windows XP SP2, anda telah memberi kebenaran untuk ‘sharing’ dengan:-
Klik Start ->Control Panel dan klik 2 kali Windows Firewall
Pilih tab “Exception” dan tandakan ke atas pilihan “File and Printer sharing”
Untuk membuat instalasi pencetak yang telah ‘sharing’
Klik Start -> Printers & Faxes
Add a Printer
Pilih “A network printer, or a printer attached to another computer”
Pilih pencetak yang dikehendaki daripada senarai komputer yang telah membuat ‘sharing printer’
Anda juga boleh membuat capaian untuk akses pencetak dari komputer lain dengan mengambil maklumat nama komputer atau nombor IP. Setelah itu;
klik Start -> Run isi \\nama_komputer atau \\no_ip
klik 2 kali ke atas pilih pencetak yang telah diberi kebenaran ‘sharing’

Tip-Tip Menghalang Komputer Diserang Virus




Tip-Tip Menghalang Komputer Diserang Virus
Hari ini saya akan cuba menerangkan beberapa tip yang berguna bagi mereka yang sudah tidak tahan dengan virus.Virus sudah tidak dapat dipisahlan lagi dengan komputer.Virus dan komputer boleh diibaratkan dengan lagu dan melodi.Bermacam-macam nama diberi kepada virus yang dijumpai.Virus sebenarnya tiada nama , namanya diberi oleh mereka yang pertama menjumpainya.Virus banyak menyerang komputer yang menggunakan sistem operasi windows.Mengapa begitu?Ini kerana orang yang membuat virus inginkan duit.Virus dahulu dicipta untuk mencari publisiti murahan manakala virus sekarang dicipta untuk mencari duit.Virus dahulu dicipta untuk menyerang satu bahagian sahaja tetapi virus sekarang dicipta untuk menyerang semua bahagian pada satu tempat sahaja.Sebagai contoh virus pada masa sekarang dicipta untuk menyerang Malaysia sahaja sedangkan negara lain tidak akan diserang.
Mencipta virus adalah satu pekerjaan yang cukup lumayan pendapatan pada masa sekarang.Hanya perlu membuat satu program dan sebarkan ke internet.Dalam beberapa minit virus tersebut tersebar ke seluruh dunia dan kutip untung melalui jualan antivirus.Kalau tertangkap pun dikenakan penjara beberapa tahun sahaja.Mengapa manusia mencari pendapatan yang boleh menyusahkan orang?.CUBA LAH CARI YANG HALAL.Berikut adalah beberapa tip yang berguna yang mana boleh mengelak komputer di serang virus.
Sentiasa update antivirus.
Sentiasa update Windows
Elakkan download software percuma
Elakkan memasuki laman web yang bukan-bukan (lucah)
Jangan guna screen saver yang didownload.
Sentiasa melakukan housekeeping
Gunakan browser mozilla firefox
Scan pendrive , disket sebelum run
Scan data sebelum buka file tersebut
Itu adalah tip-tip yang wajib anda lakuka untuk mengelak komputer dari diserang komputer.Saya mencadangkan anda menggunakan 2 perisian antivirus di komputer.Pastikan perisian tersebut serasi antara satu sama lain.Satu perisian yang berbayar dan satu perisian percuma.Tapi harus diingat sebelum guna pastikan antivirus tersebut boleh dipercayai

Kelebihan Mozilla Firefox


Kelebihan Mozilla Firefox


Sejak akhir-akhir ini browse Mozilla Firefox mencuri perhatian pengguna internet.Firefox dibangunkan oleh Mozilla Corp dengan kerjasama pembangun laman seluruh dunia.Firefox dibina dengan standard W3C.Mozilla Firefox adalah perisian pelunsur yang menggunakan lesen sumber terbuka (GNU). Ia boleh digunakan oleh sistem operasi Windows, Unix atau Macintosh dan Linux.
Antara Kelebihan Mozilla Firefox :
Pelunsuran Tab-Ciri itu tidak memerlukan anda membuka banyak tetingkap untuk memaparkan laman yang dilawati.
Penghalang pop up -Anda memepunyai pilihan samada membenar atau tidak web tersebut menayangkan pop up.
Disertakan bar enjin pencari - Anda boleh menentukan jenis enjin yang hendak digunakan. Anda boleh membuat carian terus dari pelunsur tanpa perlu memasuki ke laman web enjin pencari seperti google.com atau yahoo.com.
Penyambungan atau plug in dan tema/ubah rupa bentuk -Dengan penyambungan anda boleh menambah keupayaan Firefox. Antara penyambungan yang boleh didapati ialah ‘adblocker’ atau penghalang iklan dari dipaparkan, ‘noscript’ iaitu menentukan sama ada skrip di laman tertentu dibenarkan atau tidak dan lain-lain lagi.Tema pula membolehkan anda mengubah rupa bentuk Firefox. Terdapat pelbagai tema yang boleh dipindah turun. Anda boleh mendapatkan senarai penuh penyambungan dan tema di www.mozilla.com.
Pengemaskinian secara automatik -Firefox mempunyai kebolehan pengemaskinian secara automatik. Jika ada versi baru, butang kemaskini akan memberi peluang kepada anda untuk menambahbaikkan perisian pelunsur itu.
Sekiranya anda belum mempunyai browser internet mozilla anda boleh download secara percuma

Setting Dial Up Internet



Sebelum kemunculan stramyx pengguna internet dirumah menggunakan cara dial up melalui no 1515(tm net) dan 1511 (jaring).Kelajuan melalui dial up adalah 56.6kbps.Untuk membuat sambungan ke internet melalui dial up , kita memerlukan 3 komponen asas iaitu komputer , modem internal atau external dan talian telephone tetap (rumah).Perkara pertama yang perlu diperhatikan adalah : Pastikan driver moden telah dinstall ke komputer tersebut.Selepas itu masukkan kabel telefhone ke port moden yang kebiasaanya dilabel sebagai line.Buat configuration untuk dial up seperti langkah dibawah yang menggunakan Windows XP :
Start - Setting - Network Connection.
Klik pada Create a new connection - next
Connect to the network at my workplace - next
Dial up connection - next - Masukan namaperkhidmatan yang digunakan (TmNet atau jaring ).
Masuukan Phone number (1511=TmNet dan 1511=Jaring) - next
Finish.Login menggunakan user id dan password anda.