Tuesday, July 31, 2007

URL di dalam sel-M.Excel

This summary is not available. Please click here to view the post.

Tarikh Mudah Excel



Tarikh Mudah Excel


Untuk memasukkan waktu atau tarikh semasa, klik pada sel dan taipkan =today() atau =now().





Lindungi kerja anda-M. Excel


Lindungi kerja anda-M. Excel
Buka fail excel yang ingin dilindungi dan klik pada menu File, As...save dari dialog Save As, klik menu Tools dan pilih Optionsgeneral dan masukkan kata laluan ke dalam kotak Password to open. Klik OK dan anda akan diminta untuk memasukkan kata laluan sekali lagi sebagai pengesahan. Masukkan kata laluan serupa dan klik OK. Akhir sekali, pilih lokasi yang ingin disimpan dan klik Save .

AdBrite - Pendapatan melalui TrafikOleh webmaster\


AdBrite - Pendapatan melalui TrafikOleh webmaster\
Jual dan beli iklan dengan AdBrite. Menjana pendapatan melalui laman web. Apa itu AdBrite? AdBrite ialah perkhidmatan pengiklanan bagi membolehkan pengunjung web membeli ruang iklan yang terdapat di dalam laman web. Ia berfungsi dengan pengendali laman web menawarkan ruang iklan kepada pengiklan untuk disewa. Harga akan ditentukan oleh anda sebagai penerbit sementara AdBrite akan bertindak sebagai perantara antara penerbit dan pengiklan. AdBrite berfungsi sama sepertimana Google AdSense. Kelebihan AdBrite berbanding AdSense ialah ianya boleh dijalankan pada semua halaman tanpa perlu hirau tentang isi kandungan. Ini bermaksud, anda boleh letak iklan AdBrite pada halaman yang menggunakan bahasa melayu sepenuhnya. Menjual iklan Penerbit boleh menjual tiga jenis iklan iaitu iklan teks, sepanduk dan juga celahan aktif. Iklan teks ialah iklan yang berisi keterangan produk. Iklan sepanduk pula ialah iklan jenis logo, grafik, atau animasi dengan pelbagai bentuk dan saiz. Manakala celahan aktif ialah iklan skrin penuh yang ditayangkan di antara halaman web dan pelayar (browser). Sekiranya terdapat permohonan iklan dari pengiklan, AdBrite akan memaklumkan kepada penerbit melalui emel. Penerbit boleh menyemak setiap tempahan iklan untuk kelulusan. Rajah 1: Iklan untuk disemak AdBrite akan mengumpul data-data laman web seperti jumlah pengunjung, jumlah page view, ranking dalam Alexa, kadar pembelian semua, dan kos bagi setiap klik (CPC). Jadi ia amat berguna sekali bukan saja kepada pengiklan malah kepada sesiapa saja yang ingin melihatnya. Rajah 2: Statistik Pendapat Selepas beberapa bulan mencuba AdBrite, saya dapati kadar bayaran 'click-through' AdBrite adalah 10 kali lebih rendah berbanding AdSense. Bagaimanapun, anda masih boleh gunakan AdBrite dan AdSense secara serentak bagi memaksimumkan pendapatan anda. Walaupun AdBrite masih baru dalam dunia pengiklanan internet berbanding AdSense, namun telah banyak peningkatan yang dilakukan dari masa ke semasa sehinggalah mereka memenangi anugerah ClickZ Marketing Excellence Awards 2006 untuk ketegori "Best Advertising Network". Klik di sini untuk mendaftar akaun AdBrite secara percuma. pro » Penerbit antarabangsa dibenarkan Kontra » CPC yang rendah » Pembayaran dibuat selepas 60 hari dari tarikh matang » Sesuai untuk laman web yang sudah popular

Blog Komputer Kulim Dilancarkan Secara Rasmi


Blog Komputer Kulim Dilancarkan Secara Rasmi..1 OGos 2007

Monday, July 30, 2007

UMNO Kulim

Blog tak rasmi Umno-Kulim oleh Kulim Freelance

Bagaimana Mikropemproses komputer berfungsi?

Mikropemproses terkini seperti Pentium IV terdiri daripada beribu-ribu suis dan laluan bas. Saya berikan satu contoh tugas yang mudah: dengan menambah dua nombor contohnya 2 dengan 2, akan memperoleh jumlah (2 + 2 = 4). CPU boleh menyelesaikan masalah matematik dengan cepat, tetapi ia memerlukan beberapa langkah yang cepat untuk menyelesaikannya. Apabila anda menekan kekunci nombor (contohnya dalam program Calculator), ia akan menyebabkan unit CU bertanyakan apakah arahan yang perlu dilaksanakan terhadap data tersebut. Kemudian data tersebut akan melalui bas alamat (teknik addressing) ke DRAM dan seterusnya menyimpan data ke dalam cache arahan, dengan kod rujukan (contohnya 2 = a). CU kemudiannya akan menyalin kod tersebut dan membawanya pulang ke unit CU untuk menukar (translate) kepada kod binari dan meneruskan perjalanan ke cache data untuk disimpan di sana. Di dalam cache, CU akan memasukkan data tersebut ke alamat "X" dan menunggu untuk proses seterusnya. Sebaik sahaja anda menekan butang (+), CU akan membuat pertanyaan di pusat cache tentang arahan yang perlu dilaksanakan pada data yang baru dimasukkan tadi. CU akan menukar (translate) kod dan menghantarnya ke CU dan juga cache data, di mana memberitahu kepada ALU untuk membawa fungsi ADD. Proses ini diulang sehinggalah anda menekan kekunci "2". Kemudian, CU mengambil kod dan menghantar arahan ADD kepada ALU. ALU akan jumlahkan "a" dan "b" setelah diuruskan oleh cache data. ALU akan menghantar kod "4" untuk disimpan ke dalam pendaftar/register (tempat keputusan disimpan). Gambarajah 1 Menekan kekunci (=) adalah aksi terakhir anda yang perlu dilaksanakan sebelum mendapat jawapan, tetapi komputer masih memerlukan beberapa tugas lanjut. CU akan memeriksa arahan cache untuk mendapatkan bantuan tentang data ini. Arahan jawapan telah disimpan, dan menyalin kod tersebut ke dalam CU untuk diproses. Di sana (CU), arahan tersebut akan ditukar (translate) kepada kod binari dan terus memasuki ke dalam CU. Sekarang proses pengiraan terakhir telah dilaksanakan, arahan print menerima alamat memori, mendaftar kandungan data dan menunjukkan jawapan "4" ke paparan skrin.

Mengatasi masalah CMOS checksum error

Semasa proses POST, BIOS mampu untuk mengesan ralat pada sistem, biasanya apabila berlakunya ralat, sistem akan mengeluarkan bunyi beep tertentu dan disertai dengan mesej: PRESS F1 TO CONTINUE atau CTRL + ALT + ESC atau DEL TO ENTER SETUP Artikel ini hanya akan menerangkan kod ralat bagi sistem yang menggunakan BIOS jenis Award sahaja. Sila pastikan terlebih dahulu jenis BIOS yang anda gunakan kerana setiap BIOS mempunyai kod ralat yang berbeza. Kod ralat BIOS Award Semasa artikel ini ditulis, terdapat hanya satu sahaja jenis bunyi kod beep dan lebih 40 jenis mesej ralat bagi BIOS Award. Satu bunyi beep yang panjang diikuti dengan dua bunyi beep yang pendek menandakan terdapatnya ralat pada video di mana BIOS tidak dapat untuk menerima isyarat video. Mesej ralat pula ialah mesej yang dipaparkan pada skrin komputer yang menunjukkan kesilapan pada sistem papan induk. Antara mesej ralat yang paling kerap dihadapi oleh pengguna ialah jenis hasil tambah semak (CMOS checksum error). Masalah CMOS checksum error biasanya adalah disebabkan kegagalan CMOS untuk mendapatkan keputusan tepat bagi hasil tambah-semak di dalam BIOS. Berikut adalah 4 jenis kod ralat CMOS checksum error bagi BIOS Award dan keterangan mengenainya:

Mesej Ralat BIOS Award
Keterangan
BIOS ROM checksum error - System halted
Hasil tambah semak pada kod BIOS di dalam cip BIOS tidak tepat, ini menandakan kod BIOS anda telah korup. Untuk mengatasi masalah ini, gantikan BIOS tersebut dengan BIOS yang lain.
CMOS battery failed
Bateri CMOS tidak berfungsi. Gantikan dengan bateri baru.

CMOS checksum error - Defaults loaded
Hasil tambah semak CMOS tidak tepat menyebabkan sistem terpaksa memuatkan konfigurasi asal. Hasil tambah semak mungkin menandakan CMOS telah korup. Ralat ini boleh disebabkan oleh bateri yang lemah. Periksa bateri dan gantikan dengan yang lain jika perlu.

CMOS CHECKSUM ERROR DISK BOOT FAILURE, INSERT SYSTEM DISK AND PRESS ENTER
Hasil tambah semak CMOS tidak tepat dan tanda menunjukkan CMOS telah korup. Ralat ini boleh disebabkan oleh bateri yang lemah. Periksa bateri dan gantikan dengan bateri yang lain jika perlu.Jika diteliti keterangan mesej ralat pada jadual tersebut, masalah checksum error biasanya adalah disebabkan oleh kelemahan pada bateri CMOS. Untuk mengatasinya, anda boleh gantikan bateri tersebut dengan bateri yang baru. Bateri ini boleh didapati di mana-mana kedai aksesori komputer pada harga sekitar RM5.00 sahaja.

Mengatasi masalah komputer

Apabila didapati komputer anda tidak berfungsi, anda boleh mengambil langkah-langkah berikut bagi mengenali punca masalah. Mengenalpasti masalah komputer mungkin berpunca dari:- Kesilapan Sendiri. Pengguna tanpa disedari, merupakan satu daripada punca berlakunya masalah yang dihadapi oleh komputer. Masalah yang disebabkan oleh pengguna sendiri termasuklah terlupa membuka suis atau memasukkan plug pada soket yang salah, meletak cakera dalam pemacu cakera yang salah, menekan kekunci (key) yang salah, kurang mahir dengan perisian (software), memberikan arahan yang salah (incorrect command), menggunakan perisian (software) yang telah rosak, dan beberapa perkara lain lagi. Masalah biasa pencetak Peralatan luaran seperti pencetak dan kabel juga boleh mendatangkan masalah kepada operasi komputer. Umpamanya air minuman yang tumpah ke atas cakera boleh menyebabkan komputer anda menghadapi masalah. Begitu juga pencetak yang kehabisan kertas juga mampu menyebabkan komputer tidak dapat mengeluarkan output yang dikehendaki. Masalah biasa Monitor Kesesuaian penggunaan monitor untuk sistem komputer yang tertentu adalah penting. Sekiranya anda menggunakan monitor pada komputer yang tidak serasi, maka monitor anda tidak dapat membuat paparan dengan sempurna. Jika monitor anda tidak memaparkan warna yang sepatutnya atau skrin menjadi lebih besar dari keadaan biasa, sila periksa samada komputer anda telah dipasangkan dengan driver yang sesuai bagi monitor anda. Masalah biasa hard disk Peralatan dalaman seperti cakera keras (hard disk) juga boleh menjadi punca kerosakan komputer. Jika cakera anda mengalami kerosakan sektor (bad sector) misalnya, ia boleh menyebabkan program komputer tidak dapat dijalankan dan ini akan menyebabkan keseluruhan sistem komputer tidak dapat digunakan. Sekiranya perkara-perkara yang disebutkan di atas bukan menjadi punca kerosakan, barulah boleh membuat kepastian atau kesimpulan bahawa yang rosak ialah komputer itu sendiri. Kerosakan mungkin berpunca dari litar bersepadu (chip/IC). Dengan mengetahui Litar bersepadu manakah yang rosak barulah boleh dibaiki komputer dengan menggunakan peralatan khas.

Reunion SMKJunjong , Kulim

This summary is not available. Please click here to view the post.

NCER Website

Program pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Utara http://www.ncer.com.my

NCER Dilancarkan

NCER
Program pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Utara merupakan satu inisiatif Kerajaan untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan tahap pendapatan di Wilayah Utara Semenanjung Malaysia – yang mana merangkumi negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara1. Tempoh inisiatif Koridor Utara adalah daripada tahun 2007 sehingga tamat Rancangan Malaysia ke-12, iaitu pada tahun 2025.
Terdapat beberapa objektif di sebalik inisiatif Koridor Utara. Pertama, program ini adalah sebahagian daripada komitmen Kerajaan Persekutuan untuk membantu Wilayah ini memaksimumkan potensi ekonominya dan merapatkan jurang pembangunan serta pendapatan di antara pelbagai kawasan yang berlainan di Malaysia. Kedua, ekonomi Malaysia bermatlamat untuk bergerak ke arah aktiviti ekonomi yang lebih tinggi nilai tambahnya dan berasaskan ilmu pengetahuan untuk terus meningkatkan lagi pendapatan per kapita. Koridor Utara sememangnya berpotensi untuk menjadikan Malaysia pemimpin serantau dalam beberapa bilangan sub-sektor ini.
Meningkatkan Nilai Tambah Daripada Industri Yang Sedia Ada
Tema keseluruhan bagi inisiatif Koridor Utara adalah “Meningkatkan Nilai Tambah Daripada Industri Yang Sedia Ada”, iaitu memberi penekanan kepada tranformasi dan pengembangan sektor pertanian, pembuatan, pelancongan dan logistik di Wilayah ini.
Wilayah Utara yang dikenali sebagai jelapang padi negara berpotensi untuk berada di barisan hadapan dalam transformasi sektor pertanian Malaysia. Wilayah Utara boleh menggunakan perladangan berskala komersil dan teknologi terbaru untuk menjadi zon makanan moden, meningkatkan eksport produk pertanian segar dan premium serta hasil pertanian yang telah diproses bagi membantu Malaysia mencapai objektifnya untuk menjadi sebuah negara yang dapat menampung keperluan sendiri dalam makanan ruji seperti beras.
Sememangnya Wilayah Utara telah menjadi tapak bagi sektor ekonomi yang paling penting – yakni sektor elektrik & elektronik (E&E). Inisiatif Koridor Utara adalah untuk mempercepatkan pertumbuhan sektor ini ke arah aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi seperti reka bentuk, penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Aset pelancongan utama seperti Pulau Langkawi dan Pulau Pinang akan dipertingkatkan untuk menarik pelancong-pelancong golongan mewah. Oleh yang demikian, perbelanjaan pelancong per kapita akan meningkat dan saiz industri pelancongan di Wilayah ini akan bertambah besar.
Inisiatif Koridor Utara adalah untuk mengukuhkan sektor yang sedia ada seperti pertanian, E&E dan pelancongan. Ia juga akan berusaha untuk membangunkan industri baru di Wilayah ini seperti penanaman tanaman komersil baru dan menggalakkan aktiviti hiliran dalam sektor pertanian. Di samping itu, ia juga akan menggalakkan aktiviti pembuatan baru seperti bioteknologi, bahan mampan serta minyak dan gas, dan pengangkutan Koridor Utara yang kukuh dan berdekatan dengan Thailand dan Sumatera supaya dapat menjadi pusat pemprosesan, logistik dan pusat perdagangan bagi Kawasan Pertumbuhan Segitiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT).
Membangun Bersama-Sama Kesaksamaan Sosial
Meskipun begitu, tumpuan sepenuhnya terhadap pertumbuhan ekonomi sahaja adalah tidak memadai dan jika ia diteruskan secara berasingan, ia akan membawa kepada pembangunan yang tidak seimbang di Wilayah Utara. Untuk mencapai pembangunan ekonomi yang akan memanfaatkan sebahagian besar penduduk Koridor Utara, pembangunan mestilah dilakukan dengan cara yang membabitkan penglibatan aktif penduduk, dan dapat memanfaatkan, golongan masyarakat yang kurang bernasib baik. Ini termasuk penduduk luar bandar yang miskin, ibu tunggal dan golongan berpendidikan rendah. Usaha-usaha semasa untuk membasmi kemiskinan perlu diperkukuhkan lagi bagi sasaran keluarga yang hidup dalam kemiskinan yang dianggarkan seramai 57,700 keluarga dan 11,900 keluarga yang hidup dalam kemiskinan yang keterlaluan di Wilayah Utara2. Purata pendapatan bulanan keluarga yang agak rendah di Wilayah ini ialah RM2,477, juga perlu dinaikkan lagi. Tambahan pula, tahap pencapaian pendidikan yang rendah, serta kelemahan dalam kadar kanak-kanak yang bersekolah perlu diberi keutamaan. Sesungguhnya, isu-isu sebegini akan menghadkan faedah/keuntungan yang bakal diagihkan di Wilayah ini daripada program-program pembangunan ekonomi yang akan dilaksanakan.
Oleh yang demikian, tema inisiatif Koridor Utara ialah kesungguhan untuk membangun bersama-sama kesaksamaan sosial – di mana program untuk mempercepatkan sasaran ekonomi di kawasan yang diberi perhatian akan dijalankan dengan satu cara yang menekankan penglibatan masyarakat tempatan, dengan dipimpin dan didorong oleh sektor swasta serta pasaran semasa. Sebagai contoh, dalam transformasi sektor pertanian, insentif kewangan akan diberikan untuk menggalakkan syarikat-syarikat swasta mengatur dan mengurus masyarakat tempatan agar mencapai tahap skala yang optimum. Bagi sektor pelancongan, strategi untuk menarik pelancong daripada golongan mewah akan dilengkapkan dengan langkah yang dapat menjamin masyarakat tempatan mendapat manfaat daripada peningkatan perbelanjaan para pelancong. Antara lain, sektor kraftangan akan dijadikan lebih profesional dan dinaiktaraf dengan pembabitan usahawan yang dapat memberikan potensi pasaran serta mengatur masyarakat setempat untuk turut terlibat di pusat pengeluaran.
Secara ringkas, walaupun pertumbuhan ekuiti sosial adalah tema yang utama, strategi pelaksanaan haruslah didorong oleh pasaran dan dipimpin oleh sektor swasta. Kerajaan akan memberi sokongan yang kuat dengan menyediakan pemboleh utama, program pembiayaan dan insentif cukai yang disesuaikan secara khusus. Pada masa yang sama, organisasi pelaksanaan yang berdedikasi akan ditubuhkan bagi menyelaras dan mempercepatkan pelaksanaan inisiatif Koridor Utara.
Empat daerah di Perak yang termasuk dalam Koridor Utara ialah: Hulu Perak, Kerian, Kuala Kangsar dan Larut Matang-Selama.
Di Wilayah Utara, 17% daripada seluruh isi rumah di Malaysia berada dalam tahap kemiskinan, manakala 29% isi rumah di Malaysia berada dalam tahap kemiskinan tegar (Sumber: Rancangan Malaysia ke-9)

LAMAN WARGA KEDAH DI KOL




Lawati laman warga KEDAH..KEDAHONLINE...

www.kedahonline.net

JOM RAMAI2KAN...Bukan Sekadar Orang Kedah sahaja....

Bagaimana memori komputer berfungsi?

Bagaimana memori komputer berfungsi?

Meskipun memori secara teknikalnya termasuk dalam bentuk simpanan elektronik, ia sebenarnya dikenali sebagai storan sementara yang berkelajuan tinggi. Jika CPU komputer anda kerap mengakses cakera keras (hard drive) untuk menerima setiap salinan data yang diperlukan, ia akan menyebabkan operasi menjadi perlahan. Apabila data disimpan di dalam ingatan memori, CPU boleh mengakses data dengan cepat. Kebanyakan bentuk memori disasarkan untuk menyimpan data secara sementara sahaja (temporary).

Cara memori berfungsi
CPU boleh mengakses memori mengikut hirarki yang berbeza. Sama ada ia datang dari bentuk storan kekal (cakera keras) atau masukan (seperti papan kekunci), kebanyakan data akan menuju ke RAM terlebih dahulu. CPU kemudiannya akan menyimpan setiap data yang diperlukan untuk diakses ke dalam cache dan mengendalikan arahan (instruction) tertentu di dalam pendaftar (register). Kita akan bicara tentang ini kemudian.

Semua komponen komputer anda seperti CPU, cakera keras dan sistem operasi (OS), bekerja bersama-sama sebagai satu pasukan, dan memori ialah satu daripada bahagian terpenting di dalam pasukan ini. Sebaik sahaja anda menghidupkan komputer sehinggalah saat komputer anda dimatikan, CPU sentiasa menggunakan memori. Mari kita lihat senario ini untuk dijadikan sebagai contoh:

Komputer akan memuatkan (load) data dari ROM BIOS dan melaksanakan POST untuk memastikan semua komponen berfungsi dengan baik. Semasa pemeriksaan ini dijalankan, pengawal memori (memory controller) akan memeriksa semua alamat memori dengan melakukan operasi baca dan tulis (read/write) untuk memastikan tiada ralat di dalam cip memori. Baca dan tulis bermaksud data yang ditulis dengan bit dan membaca semula bit tersebut.
Komputer kemudiannya memuatkan (load) sistem operasi dari cakera keras ke dalam sistem RAM. Umumnya, bahagian kritikal yang terdapat dalam OS akan diselenggara di dalam RAM selama mana komputer masih dihidupkan. Ini membolehkan CPU untuk mendapat akses serta merta ke sistem operasi, di mana akan menambahkan performance keseluruhan sistem.

Apabila anda menjalankan sesuatu aplikasi, ia akan dimuatkan ke dalam RAM. Untuk memelihara penggunaan RAM, kebanyakan aplikasi memuatkan hanya sebahagian kecil program yang diperlukan dan kemudiannya akan memuatkan kod yang lain jika diperlukan.

Selepas aplikasi selesai dimuatkan, apa-apa fail yang dibuka akan dimasukkan ke dalam RAM. Apabila anda menyimpan fail dan menutup aplikasi tersebut, fail itu akan ditulis ke dalam storan, sementara aplikasi tersebut akan disingkirkan dari RAM.

Seperti yang dinyatakan di atas, setiap sesuatu yang dimuatkan atau dibuka, akan dimasukkan ke dalam RAM. Ini bertujuan supaya CPU senang untuk mengakses dan memproses sesuatu maklumat. CPU akan membuat permintaan data yang diperlukan dari RAM, membuat proses dengan menulis data kembali ke RAM secara berterusan (tanpa henti).

Terdapat dua jenis memori RAM yang digunakan oleh komputer iaitu jenis DRAM dan SRAM. Saya akan menjelaskan dengan lebih lanjut tentang jenis RAM pada artikel yang akan datang. Untuk kali ini saya akan menerangkan cara DRAM berfungsi.

Sejak komputer dicipta, banyak perubahan yang berlaku terhadap memori jenis DRAM ini. Semasa artikel ini ditulis, antara teknologi DRAM yang telah menemui pengguna ialah seperti FPM DRAM, EDO DRAM, SDRAM, DDR DRAM, RDRAM, dan yang akan datang iaitu SLDRAM. Yang membezakan teknologi-teknologi ini ialah dari segi kelajuan penghantaran data tetapi cara ia berfungsi tetap sama iaitu dengan menyimpan data secara dinamik.

Bagaimana DRAM berfungsi?
DRAM berfungsi dengan menggunakan kapasitor halus dan transistor halus untuk menyimpan setiap bit data. Kapasitor yang diisi dengan data akan mewakili dengan nilai "1", dan kapasitor yang tidak memiliki data akan mewakili dengan nilai "0". Kapasitor berfungsi seperti mana bateri berfungsi - ia akan memegang isi dan melepaskannya. Tidak seperti bateri, di mana memegang isi selama sebulan, tetapi DRAM memegang isi hanya dalam beberapa saat sahaja. Akibatnya, DRAM memerlukan keseluruhan set litar hanya untuk menyimpan isi kapasitor. Proses mengisi kapasitor dipanggil "refreshing". Tanpa refreshing, data tersebut akan hilang. Inilah antara sebab mengapa DRAM juga dikenali dengan sifat meruap (volatile).

Tutorial Kategori Format grafik untuk laman web - GIF atau JPEG?

Tutorial Kategori Format grafik untuk laman web - GIF atau JPEG?
Format grafik untuk laman web - GIF atau JPEG?






GIF atau JPEG?
Mungkin ramai yang sudah mengetahui jenis format grafik yang biasa digunakan dalam web iaitu: GIF dan JPEG. Persoalannya, waktu bilakah yang paling sesuai untuk menggunakan GIF dan waktu bilakah paling sesuai untuk menggunakan JPEG?

Biasanya, format GIF digunakan untuk grafik yang dihasilkan sendiri melalui komputer, contohnya seperti butang (button), bunting (banner), dan juga animasi. Manakala format JPEG pula sesuai untuk jenis grafik yang diimbas dari pengimbas atau kamera digital.

Fail GIF boleh mengandungi sehingga 256 warna (8 bit), yang mana sangat sesuai untuk imej yang dijana melalui komputer. Saiz fail GIF boleh dikecilkan bergantung kepada jumlah warna yang digunakan. Jika dibandingkan dengan JPEG, GIF boleh menghasilkan imej yang bersaiz kecil dan berkualiti tinggi. Sebab itu ia sangat sesuai untuk membuat ikon, logo, butang dan sebagainya.

Fail JPEG pula boleh mengandungi lebih dari 16.7 juta warna (24-bit) yang mana ia sangat sesuai untuk imej jenis potret dan foto. Antara kelebihan JPEG berbanding GIF ialah sekiranya imej atau foto tersebut banyak menggunakan bayang-bayang, ia boleh mengurangkan saiz fail. Bagaimanapun sekiranya imej tersebut menggunakan jumlah palet warna yang sedikit, saiznya akan bertambah.

Walau apa pun jenis format yang anda pilih, gunakan mengikut kesesuaian. Secara mudah dan ringkasnya:

Format GIF
1) Logo
2) Butang
3) Animasi GIF
4) Transparent
5) Icon

Format JPEG
1) Foto
2) Gambar
3) Potret

Perbezaan Workgroup dan Domain

Perbezaan Workgroup dan DomainSetiap klien windows samada NT, 2000, mahupun XP boleh menyertai rangkaian melalui salah satu dari dua cara iaitu workgroup ataupun domain. Jika anda memiliki rangkaian yang kecil dan sederhana, kaedah workgroup mungkin pilihan yang tepat. Rangkaian yang lebih besar pula mungkin akan memilih kaedah domain bagi memudahkan kerja-kerja pengendalian.

Domain
Domain boleh mengandungi sebuah atau lebih pelayan komputer menggunakan sistem operasi Windows NT atau 2000 Server. Selain pelayan, domain juga mengandungi klien-klien (Workstations).

Domain-domain boleh disatukan melalui satu trusted domain. Kelebihan trusted domain ialah pengguna hanya memerlukan satu akaun dan kata laluan untuk mencapai sumber di dalam domain-domain, sambil pentadbir boleh mengawal dan mengurus sumber-sumber tersebut.

Workgroup
Workgroup pula ialah sekumpulan klien yang tidak menyertai mana-mana bahagian domain. Tidak seperti domain yang menyimpan akaun pengguna di dalam domain, akaun pengguna workgroup pula disimpan di dalam komputer setempat.

Andaikata pengguna A menggunakan komputer bernama PCA, dan pengguna B menggunakan komputer PCB. Pengguna A boleh menggunakan PCB dengan syarat pengguna A adalah sebahagian daripada domain. Begitu juga dengan pengguna B, jika pengguna B adalah sebahagian daripada domain, dia juga boleh menggunakan komputer PCA dengan membuat pengesahan ke domain yang betul.

Cara kawalan akaun pengguna dan kumpulan amat berbeza situasinya di antara domain dan workgroup. Pengguna boleh mendaftar samada sebagai pengguna peringkat setempat atau peringkat domain. Pengguna setempat hanya boleh log masuk ke dalam komputer setempat sahaja manakala pengguna domain boleh log masuk dari mana-mana klien komputer di dalam domain.

Secara mudahnya, di dalam domain pangkalan data pengguna dan kumpulan di simpan di dalam pelayan manakala bagi workgroup pula, pangkalan data penggunanya di simpan di dalam komputer masing-masing.

Gajet: Sistem operasi mesti sesuai

Gajet: Sistem operasi mesti sesuai



Komponen, apikasi tambah nilai boleh dilakukan ikut keperluan masing-masing




DALAM edisi terakhir membina komputer peribadi (pc) sendiri, gajet akan mengetengahkan kaedah pemasangan beberapa komponen asas lain dalam penyediaan komputer peribadi lengkap untuk pengguna.

Apabila setiap komponen asas sudah dipasang dan disambungkan pada papan induk, ia disusuli dengan pemasangan sistem operasi pengguna yang akan membantu pemilik pc untuk menggunakan komputer baru bagi menepati tujuan masing-masing.

Untuk gajet minggu ini, aktiviti pemasangan akan dimulakan dengan memasukkan pemacu cakera keras (cd)/DVD-ROM ke dalam ruangan yang disediakan sebelum ia dipasang pada posisi yang disediakan bagi penyambungan pada kabel IDE kepada pemacu sambungan IDE.

Pastikan kabel pin 1 disambungkan kepada pemacu pin 1 penyambung IDE; iaitu apabila pin 1 itu boleh dikenali menerusi paparan jalur merah atau merah jambu di bahagian hubung kabel IDE terbabit.

Di bahagian hujung kabel IDE bertentangan pula, ia perlu disambungkan kepada soket IDE pada papan induk pc itu. Soket IDE boleh dijadikan soket utama atau kedua bergantung kepada pemilihan soket yang diingini.

Sekiranya pemacu cakera keras digunakan sebagai soket IDE utama, ini bermakna soket IDE kedua bebas untuk digunakan dan soket IDE kedua seharusnya digunakan untuk cd/dvd-rom.

Komponen seterusnya yang perlu dipasang adalah kad grafik, apabila ia seharusnya ditempatkan pada slot kad AGP papan induk iaitu di bahagian atas slot terbabit dengan menekannya secara perlahan.

Kebanyakan kad grafik moden adalah berasaskan AGP dan disambungkan pada papan induk bus AGP apabila slotnya sering kali ditampilkan dengan warna coklat.

Sekiranya kad itu berjaya ditempatkan di ruangan yang disediakan, anda hanya perlu mengikatnya dengan skru yang disediakan pada plat besi di bahagian depan kad grafik itu pada casing ATX.

Seterusnya, anda perlu memasangkan kad untuk audio yang direka menepati antara muka PCI dan seterusnya disambung pada slot papan induk PCI.

Seperti kaedah pemasangan kad grafik yang dilakukan sebelumnya, kini, anda hanya perlu menekan kad untuk bunyian dengan perlahan di kedudukan yang ditetapkan sebelum ia dipasangkan (skru) pada casing.

Kemudian, anda perlu memasukkan kabel audio di dalam soket ‘CD-IN’ manakala penghujung kabel bertentangan perlu disambungkan kepada soket audio keluar pada pemacu cakera keras atau DVD-ROM

Bagi pemasangan komponen seterusnya, anda perlu memastikan terdapat slot PCI yang belum digunakan pada papan induk bagi membolehkan aktiviti pemasangan kad modem dilakukan seperti mana kaedah pemasangan kad grafik dan bunyian dilaksanakan sebelumnya.

Pemilihan kad modem adalah berasaskan modem PCI bagi membolehkan aktiviti pemasangan (skru) kad lain pada casing berjalan lancar.

Kepada pemilik pc yang mahu menambah pelbagai perkakasan lain, kaedah pemasangannya adalah mudah, namun anda perlu memastikan terdapat ruangan kosong di slot papan induk komputer.

Selepas pc yang sudah berjaya dipasang ditutup dengan cermat, kini anda hanya perlu menyambung kelengkapan lain seperti monitor, tetikus dan papan kekunci pada sistem komputer yang baru dibina itu.

Kini, anda Berjaya memasang dan memiliki sistem pc peribadi yang menepati kehendak penggunaan tersendiri.

Hidupkan pc anda dan komputer baru itu pastinya akan memaparkan skrin penetapan BIOS apabila monitor pc mula mengesan kelengkapan yang sudah dipasang di dalamnya.

Pada peringkat ini, pemilik pc itu hanya perlu memastikan ketetapan pada sistem BIOS dilakukan dengan betul bagi memastikan komputer anda beroperasi seperti yang dikehendaki.

Meskipun perkakasan sudah ditempatkan di dalam ‘rumah’ komputer, anda perlu memasang secara berperingkat kelengkapan yang terdapat di dalamnya dengan menggunakan disket atau cd perkakasan yang disediakan.

Apabila aktiviti pengesanan perkakasan komputer itu sudah dilaksanakan, anda seharusnya pula mula memasang sistem operasi (OS) yang boleh didapati daripada pengedar pengeluar cakera keras atau dvd OS sah seperti Microsoft XP dan Vista.

Kaedah pemasangannya adalah mudah dengan anda hanya perlu memasukkan cd/dvd OS ke dalam ruangan pemacu cd/dvd-rom yang kemudian akan memberikan panduan langkah yang perlu diambil bagi pemasangan OS terbabit.

Perlu diingat, pemilihan OS yang menepati kemampuan pc adalah penting bagi memastikan ia beroperasi pada tahap prestasi maksimum.

Kini, anda sudah memiliki komputer peribadi sendiri dan pemasangan komponen atau aplikasi tambah nilai boleh dilakukan mengikut keperluan pengguna masing-masing.




Info: Langkah membina pc sendiri

Kumpulkan kelengkapan dan perkakasan yang diperlukan


Bersihkan casing pc

Pastikan unit bekalan tenaga dilengkapi bersama casing

Pasang papan induk pada casing

Pasang perkakasan seperti prosesor, memori, pemacu cakera keras, pemacu cd/dvd rom, kad grafik, kad bunyian dan modem pada papan induk

Tutup bahagian tepi casing

Sambungkan pada monitor, tetikus dan papan kekunci

Hidupkan pc dan semak perkakasan serta sistem yang sudah dipasang.

Masukkan (pasang) sistem operasi

Semakan terakhir dan hidupkan semula pc.

Harga komponen
Prosesor: RM110 hingga RM3800
Kad grafik: RM125 hingga RM2,900
Modem (dalaman, luaran dan USB): RM20 hingga RM1,099
Kad bunyian: RM65 hingga RM1,250
Tetikus: RM25 hingga RM219
Papan kekunci: RM39 hingga RM269
Monitor: RM215 hingga RM1,070

Jenis-jenis Windows 2000

Jenis-jenis Windows 2000
Windows 2000 ialah sistem operasi keluaran microsoft, pengganti kepada Windows NT, telah direka khas untuk perniagaan berbanding untuk penggunaan biasa. Seperti mana versi terdahulu, Windows 2000 ialah sistem operasi 32-bit yang berkebolehan dalam multithreaded dan multitasking. Berikut adalah perbezaan versi Windows 2000 dan ciri-ciri yang terdapat di dalamnya.



Windows 2000 Professional
Perniagaan
Baik dalam: Kemudahan; Sekuriti, persembahan, dan boleh dipercayai; menyokong komputer mudah alih

Windows 2000 server
Untuk kegunaan kecil atau bersaiz sederhana, kumpulan kerja, pejabat cawangan, aplikasi jabatan, fail, pelayan cetakan
Multi-pemproses simetri dua-hala (SMP); ActiveDirectory; management tools; Kerberos dan sekuriti PKI; COM+; sokongan Windows Terminal; Servis internet yang lebih baik

Windows 2000 Advanced Server
Untuk kegunaan jabatan
Memiliki ciri-ciri Windows 2000, Multi-pemproses simetri 4-hala; load balancing; berkelompok; Persembahan-tinggi penyisihan; fizikal 64-GB memori

Windows 2000 Datacenter Server
Operasi besar - gudang data, Proses Transaksi Online (OLTP), simulasi sains dan kejuruteraan, penyelesaian Enterprise
Memiliki ciri-ciri Windows 2000 Advanced Server, ditambah dengan Multipemproses 16-hala SMP

Sunday, July 29, 2007

Google - Hasil carian dalam tetingkap baru

Google - Hasil carian dalam tetingkap baru

Lazimnya, apabila anda klik pada sesuatu pautan (link) di dalam Google.com, akan menyebabkan pautan dibuka dalam tetingkap yang sama. Bagaimanapun anda boleh memaksa Google supaya pautan dibuka dalam tetingkap yang baru. Dengan cara ini, anda boleh menjimatkan masa ketika membuat carian tanpa perlu menekan butang Back. Caranya:

1) Lawat http://www.google.com/

2) Klik Preferences

3) Skrol ke bawah dan tandakan pada opsyen "Open search results in a new browser window" (Lihat Gambarajah 1)

4) Klik Save Preferences

Enjin Carian Internet

Apa itu Enjin Carian?

Enjin carian ialah sebuah pangkalan data yang menyimpan pautan-pautan laman web dan kata kunci atau frasa. Apabila anda menaip kata kunci 'Malaysia' pada Google atau Yahoo! misalnya, enjin carian akan mencari kata kunci yang dimasukkan dengan kata kunci yang terdapat di dalam indeks pangkalan data. Apabila kata kunci 'Malaysia' dijumpai, maka laman web yang berkaitan dengan 'Malaysia' akan dipaparkan kepada anda.

Walau bagaimanapun, tidak semua enjin carian adalah sama. Sesetengah enjin carian akan mengindeks nama tajuk halaman sahaja, sesetengah enjin carian pula hanya akan mengindeks kandungan sahaja.

Umumnya, servis carian internet boleh dikategorikan kepada dua: direktori dan enjin pencari. Ramai yang keliru dengan kedua-dua terma ini, sehingga ada yang merujuk Yahoo! sebagai sebuah enjin pencari. Sebenarnya Yahoo! ialah sebuah direktori, bukan enjin pencari.

Kekeliruan ini berlaku mungkin disebabkan penggunaan butang 'search' yang disediakan kepada pengguna. Ini boleh disalah ertikan oleh pengguna yang akan mengganggap servis yang digunakan adalah sebuah enjin pencari.

Apa yang membezakan antara enjin pencari dengan direktori ialah, pangkalan data bagi direktori mengandungi senarai alamat web yang dimasukkan oleh manusia manakala pangkalan data bagi enjin pencari pula dikompil melalui perisian robot yang dipanggil 'spiders'. Spiders digunakan untuk mengumpul maklumat yang terdapat di dalam sesebuah laman web.

Bagaimana Enjin Pencari Berfungsi?
Apabila program spider masuk ke dalam sesebuah laman web, ia akan melakukan satu proses yang dipanggil sebagai crawling atau spidering. Dalam proses ini spider akan mengumpul semua perkataan dan frasa yang terdapat di dalam laman web tersebut dimana perkataan-perkataan ini akan diindekskan ke dalam pangkalan data. Kaedah ini juga dikenali sebagai indexing.

Apabila seseorang masuk ke dalam servis enjin carian dan memasukkan kata kunci tertentu, enjin pencari akan memadankan soalan carian pengguna dengan perkataan yang terdapat di dalam pangkalan data. Apabila pasangan yang sama atau hampir sama dijumpai, keputusan akan dipaparkan kepada pengguna.

Berikut adalah contoh-contoh enjin carian internet:

1) Google.com
2) MSN.com
3) Altavista.com
4) MetaCrawler.com

Meningkatkan prestasi Windows XP





>
>
>
>
>
>
>
>
>



Meningkatkan prestasi Windows XP

Ada beberapa cara yang boleh dibuat untuk meningkatkan prestasi komputer anda. Salah satu daripadanya ialah dengan menaiktaraf perkakasan komputer anda. Bagaimanapun terdapat cara lain yang lebih murah dan mudah bagi meningkatkan prestasi komputer iaitu dengan mengubah beberapa aturan sistem operasi. Artikel ini akan menunjukkan contoh aturan sistem operasi Windows XP.
Efek Visual

Windows XP dimuatkan dengan bermacam-macam efek dan visual. Antara efek-efek visual yang terdapat dalam Windows XP ialah animasi menu, bayangan pada cursor, bayangan pada menu dan lain-lain. Dengan menutup semua atau sebahagian daripada efek-efek ini, prestasi Windows XP akan meningkat dan kurang menggunakan sumber sistem.

1) Klik Start -> Settings -> Control Panel 2) Klik ikon System 3) Pilih tab "Advanced" 4) Di bahagian Performance, klik butang "Settings" 5) Pilih "Adjust for best performance", kemudian klik "Apply"

Efek Paparan
1) Klik Start -> Settings -> Control Panel 2) Klik ikon Display 3) Pilih tab "Desktop" dan pilih Background "None". 4) Pilih tab "Appearance" dan pilih "Windows Classic Style" 5) Klik butang "Effects" dan buangkan semua tanda pilihan. 6) klik OK

Start Menu

Selain visual dan efek, anda boleh meningkatkan kelajuan Windows XP pada bahagian Start Menu. 1) Klik kanan pada butang Start dan pilih Properties 2) Pilih "Classic Start Menu" dan klik butang "Customize..." 3) Buangkan item pilihan yang jarang anda guna. 4) Klik OK

Selamat Datang

Blog tentang Komputer, Teknologi Maklumat dan Warga Kulim Amnya