Monday, July 30, 2007

Perbezaan Workgroup dan Domain

Perbezaan Workgroup dan DomainSetiap klien windows samada NT, 2000, mahupun XP boleh menyertai rangkaian melalui salah satu dari dua cara iaitu workgroup ataupun domain. Jika anda memiliki rangkaian yang kecil dan sederhana, kaedah workgroup mungkin pilihan yang tepat. Rangkaian yang lebih besar pula mungkin akan memilih kaedah domain bagi memudahkan kerja-kerja pengendalian.

Domain
Domain boleh mengandungi sebuah atau lebih pelayan komputer menggunakan sistem operasi Windows NT atau 2000 Server. Selain pelayan, domain juga mengandungi klien-klien (Workstations).

Domain-domain boleh disatukan melalui satu trusted domain. Kelebihan trusted domain ialah pengguna hanya memerlukan satu akaun dan kata laluan untuk mencapai sumber di dalam domain-domain, sambil pentadbir boleh mengawal dan mengurus sumber-sumber tersebut.

Workgroup
Workgroup pula ialah sekumpulan klien yang tidak menyertai mana-mana bahagian domain. Tidak seperti domain yang menyimpan akaun pengguna di dalam domain, akaun pengguna workgroup pula disimpan di dalam komputer setempat.

Andaikata pengguna A menggunakan komputer bernama PCA, dan pengguna B menggunakan komputer PCB. Pengguna A boleh menggunakan PCB dengan syarat pengguna A adalah sebahagian daripada domain. Begitu juga dengan pengguna B, jika pengguna B adalah sebahagian daripada domain, dia juga boleh menggunakan komputer PCA dengan membuat pengesahan ke domain yang betul.

Cara kawalan akaun pengguna dan kumpulan amat berbeza situasinya di antara domain dan workgroup. Pengguna boleh mendaftar samada sebagai pengguna peringkat setempat atau peringkat domain. Pengguna setempat hanya boleh log masuk ke dalam komputer setempat sahaja manakala pengguna domain boleh log masuk dari mana-mana klien komputer di dalam domain.

Secara mudahnya, di dalam domain pangkalan data pengguna dan kumpulan di simpan di dalam pelayan manakala bagi workgroup pula, pangkalan data penggunanya di simpan di dalam komputer masing-masing.

No comments: