Monday, July 30, 2007

Tutorial Kategori Format grafik untuk laman web - GIF atau JPEG?

Tutorial Kategori Format grafik untuk laman web - GIF atau JPEG?
Format grafik untuk laman web - GIF atau JPEG?






GIF atau JPEG?
Mungkin ramai yang sudah mengetahui jenis format grafik yang biasa digunakan dalam web iaitu: GIF dan JPEG. Persoalannya, waktu bilakah yang paling sesuai untuk menggunakan GIF dan waktu bilakah paling sesuai untuk menggunakan JPEG?

Biasanya, format GIF digunakan untuk grafik yang dihasilkan sendiri melalui komputer, contohnya seperti butang (button), bunting (banner), dan juga animasi. Manakala format JPEG pula sesuai untuk jenis grafik yang diimbas dari pengimbas atau kamera digital.

Fail GIF boleh mengandungi sehingga 256 warna (8 bit), yang mana sangat sesuai untuk imej yang dijana melalui komputer. Saiz fail GIF boleh dikecilkan bergantung kepada jumlah warna yang digunakan. Jika dibandingkan dengan JPEG, GIF boleh menghasilkan imej yang bersaiz kecil dan berkualiti tinggi. Sebab itu ia sangat sesuai untuk membuat ikon, logo, butang dan sebagainya.

Fail JPEG pula boleh mengandungi lebih dari 16.7 juta warna (24-bit) yang mana ia sangat sesuai untuk imej jenis potret dan foto. Antara kelebihan JPEG berbanding GIF ialah sekiranya imej atau foto tersebut banyak menggunakan bayang-bayang, ia boleh mengurangkan saiz fail. Bagaimanapun sekiranya imej tersebut menggunakan jumlah palet warna yang sedikit, saiznya akan bertambah.

Walau apa pun jenis format yang anda pilih, gunakan mengikut kesesuaian. Secara mudah dan ringkasnya:

Format GIF
1) Logo
2) Butang
3) Animasi GIF
4) Transparent
5) Icon

Format JPEG
1) Foto
2) Gambar
3) Potret

No comments: