Wednesday, August 29, 2007

Apa itu Computer Bus?


Apa itu Computer Bus?

Pada suatu sistem komputer, bus merupakan suatu subsistem yang menyambungkan sesuatu hardware/peripheral antara satu sama lain dan juga ke komputer lain bagi tujuan pemindahan data dan bekalan kuasa. Dengan kata lain, bus merupakan suatu sistem ‘perhubungan’ atau ‘penyambungan’ antara sesuatu komponen komputer dalam sebuah sistem komputer atau sesama sistem komputer untuk berinteraksi antara satu sama lain. Tidak seperti sambungan anatara dua titik seperti penyambungan wayar antara komponen elektrik (contohnya sambungan LED ke sel kering), bus boleh menyambungkan banyak komponen/peripheral komputer pada suatu laluan/sambungan (penyambung ini bertindak seperti wayar). Contoh bus pada sistem komputer ialah address bus, control bus, data bus dan Front Side Bus (FSB). FSB merupakan data bus kepada CPU di mana ia menyambungkan CPU ke lain-lain peripheral dan komponen komputer seperti hard disk, RAM, USB, PCI dan sebagainya. Bus-bus ini kebanyakannya terletak pada litar motherboard suatu sistem komputer.
Computer bus terbahagi kepada dua – iaitu Internal Computer bus dan External Computer bus. Dan setiap satu bus ini terbahagi kepada dua jenis sistem, iaitu Parallel Bus (membawa data melalui sambungan pelbagai wayar) dan Serial Bus (membawa data dalam bentuk bit siri).
Contoh Internal bus ialahParallel bus: PCI, ISA,AGP Serial bus: PCI-Express dan Hyper-transport
Contoh External bus ialah:Parallel bus: ATA/IDE/ATAPI, SCSI dan PC card (juga dikenali sebagai PCMCIA, kebiasannya digunakan pada laptop)Serial bus: SATA, USB, Firewire/IEEE1394.



Universal Serial Bus (USB)

USB adalah suatu sambungan perkakasan ke PC yang mantap – ia menyelesaikan masalah ‘perlu menambah kad perkakasan pada slot PCI apabila ingin menaik taraf/upgrade PC', selain membolehkan sebarang perkakasan dipasang (plug and play) dan ditanggal dengan mudah tanpa perlu memulakan semula/restart PC anda.
Sambungan USB diperkenalkan sebanyak empat kali (USB 1.0 FDR, USB1.0, USB1.1, dan USB 2.0) dengan tiga sambungan kelajuan berbeza mengikut perkakasan; Low speed rate (1.5Megabit sesaat), Full Speed rate (12Megabit sesaat) dan Hi-speed rate (480megabit sesaat).
USB PortTerdapat dua jenis USB port – iaitu jenis Standard A dan standard B (atau Type A dan Type B). Biasanya port Standard A terdapat di motherboard PC, manakala Standard B pula terdapat pada gadjet elektronik kecil seperti kamera digital, komputer tangan dan sebagainya.
Kebanyakan perkakasan PC masakini menggunakan antaramuka penyambungan USB bagi menggantikan sambungan LPT dan COM.
USB Connector/HeaderUSB connector, atau USB Header terletak pada permukaan motherboard. Connector ini digunakan untuk menyambung port USB yang terdapat pada ATX casing ke motherboard, atau sesuatu hardware lain secara terus ke motherboard.


Advanced Technology Attachment (ATA)

ATA, atau dengan nama lain iaitu IDE, E-IDE, ATAPI, UDMA, PATA, semuanya merujuk kepada antaramuka standard bagi penyambungan hard disk drive dan optical drive (CD-ROM drive, DVD-ROM drive dan sebagainya) pada sistem PC dengan menggunakan kabel riben IDE (atau lebih dikenali ramai sebagai kabel IDE). Kabel IDE menyambungkan hard disk drive dan optical drive ke IDE connector (atau IDE controller) yang terdapat di motherboard PC. Pada zaman awal pengenalan ATA, antaramuka ini hanya boleh disambungkan kepada hard disk drive sahaja. Tetapi lama kelamaan antaramuka ini dinaik taraf dan boleh disambungkan pada banyak hardware lain seperti optical drive dan ZIP drive.
ATA merupakan salah satu dari computer bus dalam kategori external bus. Dengan pengenalan sejenis antaramuka baru iaitu SATA (Serial –ATA), yang juga merupakan computer bus jenis external, antaramuka ATA lebih dikenali sebagai PATA (Parallel-ATA) – kerana ATA asal merupakan sejenis external bus yang disambung secara selari (parallel) manakala SATA pula disambungkan secara sesiri (serial)Penyambungan hardware ke antaramuka ATA.


Kebiasaannya, terdapat 3 soket penyambung/connector 40-pin pada kabel IDE. Satu soket connector, iaitu yang mempunyai jarak yang agak jauh antara soket connector bersebelahan (No 1 sperti dalam gambarajah di atas) disambungkan ke IDE Connector pada motherboard. Manakala baki dua soket connector disambungkan kepada IDE Connector yang terdapat pada hard disk drive atau optical drive.
Oleh kerana terdapat dua IDE Controller pada motherboard (primary dan slave), dan dua hardware boleh disambungkan pada satu kabel IDE (kerana ada dua soket connector), maka hanya maksimum empat hardware(yang disambung pada antaramuka ATA, iaitu hard disk drive, optical drive dan ZIP drive) yang dapat disambungkan pada antaramuka ATA standard. Dan setiap hardware yang disambungkan pada kabel IDE pula mempunyai konfigurasinya sendiri, sama ada Master atau Slave.
Jika anda ingin menggunakan lebih daripada empat hardware, maka anda boleh menyambungkannya pada IDE Controller tambahan yang boleh didapati dalam bentuk expansion card dan disambungkan ke slot PCI

Serial Advanced Technology Attachment (SATA)

SATA merupakan satu antaramuka baru berasakan teknologi lama iaitu PATA, atau Parallel-ATA (Pada asalnya dikenali sebagai ATA, kemudian dipanggil PATA bagi membezakannya dengan SATA). Antaramuka SATA digunakan untuk menyambungkan hard disk drive, dan ia semakin poular dan secara perlahan-lahan menggantikan sambungan antaramuka standard ATA kerana kelajuan pemindahan datanya yang lebih tinggi.
SATA merupakan salah satu daripada computer bus dalam kategori external bus, da ia disambung secara sesiri (serial) berbanding dengan ATA standard, atau PATA yang disambung secara selari(parallel). Antaramuka SATA terkini boleh mencapai kadar pemindahan data sehingga 1.2 Gigabit sesaat, atau 150 Megabait sesaat.
Sama seperti hardware yang menggunakan antaramuka standard ATA, hardware SATA juga memerlukan kabel kuasa dan kabel penyambung ke SATA controller di motherboard untuk berfungsi. Apa yang membezakannya ialah fizikal kabel bekalan kuasa dan kabel penyambung. Untuk antaramuka SATA, kabel bekalan kuasa 15-pin, berbeza dengan ATA yang menggunakan kabel belakan kuasa molex 4-pin. Jika standard ATA menggunakan kabel IDE 40-pin untuk penghantaran data, SATA pula menggunakan kabel 7-pin yang jauh lebih halus. Antaramuka SATA juga tidak menggunakan konfigurasi master/slave seperti standard ATA dalam penyambungan hardware ke sistem PC.

Peripheral Component Interconnect (PCI), PCI-E dan PCI-X

PCI (Perpheral Component Interconnect) merupakan salah satu daripada computer bus yang menyambungkan sesuatu device atau peripheral ke sistem komputer. Dua kaedah sambungan device PCI ialah :1. Litar Bersepadu yang dibina pada motherboard sendiri (Onboard chip): Pada motherboard,, terdapat cip-cip litar bersepadu (IC) yang bertindak sebagai device bagi sistem komputer, contonhya graphic adapter, sound adapter, network adapter dan lain-lain.2. Melalui peripheral (atau device) dalam bentuk expansion card yang dimasukkan ke slot PCI, contohnya graphics card, sound card, network card dan lain-lain.
Slot PCISemua motherboard masakini mempunyai slot PCI sebagai tambahan atau ganti kepada ISA slot (yang menggunakan ISA bus). Terdapat dua hingga enam slot PCI pada sesuau motherboard, bergantung kepada jenis dan model.
Selain dari slot PCI, motherboard generasi terbaru juga menydiakan slot PCI-E.
Slot PCI-EPCI-E merujuk kepada Peripheral Component Interconnect Express, PCI-Express juga merupakan salah satu daripada computer bus di mana ia mempunyai kadar pemindahan data yang berganda berbanding PCI. Selain itu, PCI-E menyokong penyambungan dua hala sesiri (serial, two way connection) berbanding PCI iaitu sambungan sehala selari (single parallel). Slot PCI-E adalah seperti rajah dan kebiasannya disambungkan ke expansion card generasi terkini seperti graphics card edisi terbaru siri Radeon X (oleh ATI) dan nVidia 6 Series (oleh nVidia)
PCI-XMerujuk kepada PCI – extended. Ia mempunyai kadar penghantaran data yang lebih tinggi sehingga 1Gbit sesaat berbanding PCI (133)

Accelerated Graphics Port (AGP) sebagai computer bus

Tidak seperti computer bus lain, Accelerated Graphics Port merupakan sejenis bus “point-to-point”, iaitu satu sambungan laluan penghantaran data dari “satu titik ke satu titik” berkelajuan tinggi yang hanya digunakan oleh satu hardware, iaitu graphics card pada sistem komputer peribadi. Ia tidak seperti kebanyakan computer bus lain di mana banyak hardware disambungkan pada satu laluan penghantaran data, iaitu “one-point to many”, atau sambungan “dari satu titik ke banyak titik lain”, seperti contoh PCI (Peripheral Component Interconnect) dan ATA (Advanced Technology Attachment) di mana lebih dari satu hardware dapat disambungkan pada satu bus (laluan penghantaran data), atau antaramuka yang sama.
Antaramuka sambungan AGP mulai digunakan untuk sambungan graphics card pada PC bagi menggantikan antaramuka PCI sekitar tahun 1998. AGP menawarkan kelajuan penghantaran data yang jauh lebih tinggi berbanding dengan PCI. Walau bagaimanapun, sebuah computer bus yang lebih berprestasi tinggi, iaitu PCI-E (PCI-Express), menjadi semakin popular di kalangan pengguna masakini. Dengan pengeluaran pelbagai graphics card baru oleh syarikat pengeluar seperti ATI dan nVidia menggunakan antaramuka PCI-E, maka populariti AGP dijangka akan semakin berkurangan pada masa akan datang.


Front Side Bus (FSB) Level 2 dan Level 3 Cache

Front Side Bus merupakan salah satu dari computer bus, dan ia merupakan data bus bagi sesebuah CPU. Bus ini membawa data dan maklumat dari CPU ke lain-lain peripheral dan komponen komputer seperti hard disk, RAM, USB, PCI dan sebagainya. Bus moden masakini menjadi laluan ‘tulang belakang’ antara CPU dan chipset pada motherboard iaitu northbridge dan southbridge.
Apabila menyebut mengenai Front Side Bus speed (atau FSB) ia sebenarnya merujuk kepada kelajuan CPU berinteraksi dengan RAM dan peripheral/hardware lain dalam sesuatu sistem komputer, contohnya 66Mhz, 100Mhz, 133Mhz sehingga melebihi 1000Mhz. Konfigurasi antara FSB dan clock multiplier pada CPU menentukan kelajuan sesuatu CPU.
Katakan CPU komputer anda beroperasi pada 800Mhz, maka kemungkinan CPU anda beroperasi pada FSB sebanyak 100Mhz, dan clock multiplier diset pada 8. Makakelajuan CPU ialah 100Mhz didarab dengan 8 menghasilkan 800Mhz. Dengan memanipulasi clock multiplier dan FSB, maka anda boleh melakukan ‘overclock’ pada sistem komputer anda, iaitu menginjak naikkan kelajuan CPU anda dari kelajuan asal yang ditetapkan oleh kilang. Perubahan konfigurasi ini boleh dilakukan pada menu BIOS pada setiap sistem komputer. Walau bagaimanapun sejak kebelakangan ini, banyak syarikat pengeluar tidak lagi membenarkan overclock dengan mengunci/lock fungsi clock multiplier dari diubah pengguna. Overclock tanpa pengetahuan yang cukup mengenai spesifikasi motherboard dan CPU boleh menyebabkan kerosakan pada slaah satu atau kedua-dua komponen tersebut.
Level Cache (L2 dan L3 cache)CPU terkini kebanyakannya mempunyai L2 cache dan L3 cache yang disambungkan ke CPU melalui back side bus. Kelebihan Level cache adalah akses ke memori oleh CPU adalah lebih pantas berbanding dengan melalui FSB.

No comments: