Wednesday, August 29, 2007

Disk Drive pada Sistem PC


Disk Drive pada Sistem PC

Hard disk merupakan suatu hardware yang digunakan pada sistem komputer untuk menyimpan data. Tidak seperti floppy disk drive dan CD-ROM, hard disk memainkan peranan penting sebagai unit storan bagi sistem operasi(OS) kompuer masakini, seperti Windows XP dan Linux. Selain itu, hard disk juga berperanan besar sebagai unit storan data utama sistem komputer peribadi. Apa yang anda dapat lihat di skrin anda sekarang, iaitu pelayar internet dan warna serta grafik – semua ini bergantung pada hard disk; hard disk menyimpan perisian pelayar internet anda, pada hard disk juga tersimpan perisian utiliti bagi menjalankan paparan di skrin anda dengan bantuan graphic card ,CPU dan banyak lagi hardware lain.
Dalam banyak-banyak hardware komputer, hard disk merupakan hardware yang paling sensitif pada gegaran dan magnet. Pada hard disk juga terdapat liang (sebesar diameter lubang skru) pengudaraan aliran haba keluar. Sekiranya liang ini ditutup (selalunya akibat kecuaian pekedai yang menampal pelekat waranty pada liang ini), maka hard disk berisiko untuk rosak akibat aliran haba yang menjadi kurang mantap. Hard disk juga tidak seharusnya diskru terlalu ketat pada ATX Casing.
Hard disk pada sistem komputer peribadi biasanya terdiri dari tiga jenis antaramuka berlainan, iaitu ATA/PATA, SATA, SCSI, USB dan Firewire/IEEE1394
Hard disk ATA (Adavanced Technology Attachment)Antaramuka ATA juga dikenali dengan nama PATA, IDE, E-IDE, ATAPI atau UDMA, merupakan antaramuka paling popular bagi hard disk dan optical device (CD-ROM, DVD-ROM dan sebagainya). Hard disk ATA disambungkan ke IDE controller pada motherboard, dengan kabel riben IDE (atau dikenali juga sebagai kabel IDE ).


Hard Disk SATA (Serial –ATA)Hard disk yang mempunyai antaramuka SATA semakin popular masakini. Dengan penyambungan ke bus komputer secara selari, ia mempunyai prestasi yang lebih pantas berbanding dengan hard disk antaramuka ATA.
Tidak seperti hard disk ATA, hard disk SATA mempunyai kelebihan untuk ‘hot swapped’ iaitu, dipasang secara terus ke sistem komputer yang sedang beroperasi tanpa perlu dihidupkan semula/reboot. Selain itu, ia menggunakan kabel sambungan khas (kabel penyambung SATA 7-pin) ke SATA contoller di motherboard dan kabel bekalan kuasa Power Supply Unit 15-pin SATA. Hard disk SATA juga tidak menggunakan konsep perkongsian BUS seperti ATA, iaitu Primary Master, Primary Slave, Secondary Master atau Secondary Slave.
External Hard Disk ( USB/ Firewire)Hard disk dengan antaramuka ATA dan SATA boleh disambung melalui antaramuka lain, iaitu USB atau Firewire. Sambungan ini dapat dibuat dengan menggunakan casing khas dengan sumber bekalan kuasa soket dinding. Ia juga mempunyai kelebihan ‘hot swapped’.


Apakah itu Hard Disk Partition?

Katakan anda membeli sebuah almari yang luas, sudah tentu anda akan dapati bahawa di dalam almari itu terdapat beberapa bahagian yang ‘dipecahkan’ sebagai rak tingkat untuk memperkemaskan dan memudahkan kita menggunakan almari itu. Bahagian tingkat pertama mungkin untuk seluar, yang kedua untuk baju dan sebagainya.
Hard disk juga boleh mempunyai ciri yang sama – katakan anda membeli hard disk bersaiz 80 GB, anda boleh ‘memecahkan’ saiz ruang hard disk ini kepada beberapa bahagian. Apa yang menariknya, tidak seperti almari, anda boleh memecahkannya mengikut citarasa dan kegunaan sendiri. Proses ‘memecahkan’ ruang saiz hard disk ini disebut sebagai 'Partitioning’ dan ruang bahagian yang telah dipecahkan sebagai ‘Partition’.
Bagi hard disk berkapasiti 80 GB, anda boleh membuat empat partition. Contoh kombinasi yang boleh dipakai ialah 20-20-20-20 GB ( iaitu saiz setiap satu bahagian ialah 20 GB) atau 20-20-30-10 atau kombinasi-kombinasi lain mengikut kesukaan anda. Anda juga boleh membuat sebanyak mana partition yang suka. Misalnya 8 partition dengan kombinasi 10-10-10-10-10-10-10-10 GB atau dua partition 40-40 GB.
Mengapa membuat partition?Partition dibuat atas banyak sebab. Tetapi secara amnya ia dibuat bagi memudahkan urusan menyelia dan memperkemaskan lagi susunan fail-fail dalam hard disk – sama seperti memperkemaskan susunan pakaian dalam almari. Misalnya sebuah hard disk yang mempunyai empat partition; partition pertama adalah untuk meyimpan (install) sistem operasi, contohnya Windows. Partition kedua pula adalah untuk menyimpan fail-fail lagu, MP3 dan fail-fail media yang lain. Partiton ketiga pula adalah untuk menyimpan perisian (program) yang dipasang (install) seperti game dan partition terakhir adalah untuk menyimpan dokumen-dokumen penting atau gambar-gambar yang dirakam melalui kamera digital. Sama seperti almari di mana rak (anggap rak sebagai partition) pertama khas untuk baju, rak kedua untuk seluar dan setersunya. Dengan kata lain, partition dilakukan untuk memperkemaskan susunan fail-fail dalam hard disk.
Selain itu, partitioning adalah salah satu kaedah bijak dalam urusan penyelenggaraan (maintenance) hard disk itu sendiri. Misalnya, masa untuk melakukan defragement (penyusunan semula fail sistem operasi) adalah lebih singkat sekiranya dilakukan secara peringkat demi peringkat (partition demi partition) berbanding dengan defragment hard disk yang sama yang tidak mempunyai partition. Begitu juga halnya dengan formatting dan lain-lain.
Banyak lagi tujuan seseorang melakukan partitioning. Bagi para teknikal dan peminat PC yang maju (advance), kadang kala akan tiba masa di mana anda harus memasang semula sistem perisian dan partition memainkan peranan penting dalam memastikan fail-fail penting tidak dimusnahkan untuk tujuan format.


Windows: Sistem Fail FAT atau NTFS? Yang mana satu sesuai?

Anda boleh memilih beberapa fail sistem (system file) dalam memformat sesuatu hard disk (atau partition pada hard disk). System file yang dipilih bergantung pula pada jenis sistem operasi dan keperluannya. Bagi mereka yang menggunakan Windows XP , pilihan yang ada ialah FAT, FAT32 dan NTFS. Bagi pengguna sistem operasi Linux, mereka perlu menggunakan system file yang berbeza.
Format FAT ialah format universal; ia dapat diakses oleh semua versi Windows, termasuklah NT, 2000 dan MS-DOS. FAT32 pula, dapat diakses oleh sistem operasi Windows 95 ke atas manakala format NTFS hanya dapat diakses oleh Windows XP dan 2000. System file NTFS juga dapat diakses Windows NT dengan Service Pack 4 tetapi aksesnya terhad dan tidak secara menyeluruh (limitiation acccess).
Krisis yang mungkin berlaku ialah dalam memilih format mana yang sesuai untuk digunakan. Terdapat beberapa faktor serta keadaaan yang perlu diambil kira dalam pemilihan system file.
Bagi pengguna Windows XP, system file NTFS adalah yang terbaik kerana sistem operasi Windows XP mempunyai beberapa ciri - ciri tambahan istimewa yang memberikan manfaat kepada anda, dan ciri-ciri ini pula hanya boleh berfungsi pada system file NTFS. Salah satu ciri yang dimaksudkan ialah sistem keselamatan/sekuriti yang ada seperti File/Folder Permission di mana pengguna lain yang berkongsi komputer dengan anda tidak dapat akses kepada fail peribadi anda tanpa kebenaran. Tetapi jika Windows XP anda berfungsi pada sytem file FAT32, ini tidak akan berlaku dan pengguna akaun lain boleh mengakses kepada fail peribadi anda sewenang-wenangnya. Banyak lagi ciri-ciri lain Windows XP yang hanya berfungsi pada system file NTFS. Anda bolehlah merujuk kepada laman web Microsoft.com untuk maklumat lanjut mengenai ciri-ciri ini.
Tetapi sebaliknya, walaupun Windows XP berfungsi baik pada system file NTFS, ia juga mempunyai beberapa kekurangan (disadvantages) dalam beberapa situasi. Katakan anda memasang dua sistem operasi dalam satu komputer, misalnya Windows XP dipasang (install) di partiton pertama dengan system file NTFS dan Windows 98 yang dipasang pada partition kedua dengan system file FAT32. Dalam kes ini, anda tidak dapat mengkases ke partition pertama sekiranya anda sedang menggunakan Windows 98. Ini kerana Windows 98 tidak ‘mengenali’ system file NTFS partition pertama dan menganggap partition pertama tidak wujud (walaupun hakikatnya ia ada). Oleh itu, anda tidak dapat mengkases apa-apa fail dan dokumen yang terdapat di partition pertama dari Windows 98 di partition kedua. Anda tidak akan menghadapi masalah untuk mengakses ke partition kedua dari Windows XP (yang dipasang pada partition pertama) kerana Windows XP dapat mengenali system file FAT32.
Pemilihan system file lebih cenderung kepada keperluan sistem operasi dan keperluan anda sendiri. Untuk panduan penuh mengenai system fail yang terbaik bagi sistem operasi anda, kunjungi Microsoft.com atau sekiranya anda sedang menggunakan Windows XP, anda bolehlah klik pada Start > Help and Support. Pada kotak ‘Search’, taipkan ‘choosing between NTFS, FAT, and FAT32’. Baca artikel bertajuk ‘choosing between NTFS, FAT, and FAT32’

No comments: