Monday, August 6, 2007

Kelebihan Mozilla Firefox

Mozilla Firefox adalah perisian pelunsur yang menggunakan perlesenan sumber terbuka. Ia boleh digunakan di atas platform sistem operasi Windows, Unix atau Macintosh. Firefox dibangunkan oleh Mozilla Corp dengan kerjasama ramai lagi pembangun lain di serata dunia.Antara kelebihan Firefox ialah:- pelunsuran tab Ciri itu tidak memerlukan anda membuka banyak tetingkap untuk memaparkan laman yang dilawati. Ia memudahkan penyelengaraan tetingkap dan mengurangkan penyepahan tetingkap di atas desktop.- penghalang pop upAnda mempunyai kawalan penuh ke atas laman yang boleh mengeluarkan pop up/down dan laman yang tidak boleh. - disertakan bar enjin pencari Anda boleh menentukan jenis enjin yang hendak digunakan. Anda boleh membuat carian terus dari pelunsur tanpa perlu memasuki ke laman web enjin pencari seperti google.com atau yahoo.com.- penyambungan atau plug in dan – tema/ubah rupa bentukDengan penyambungan anda boleh menambah keupayaan Firefox. Antara penyambungan yang boleh didapati ialah ‘adblocker’ atau penghalang iklan dari dipaparkan, ‘noscript’ iaitu menentukan sama ada skrip di laman tertentu dibenarkan atau tidak dan lain-lain lagi.Tema pula membolehkan anda mengubah rupa bentuk Firefox. Terdapat pelbagai tema yang boleh dipindah turun. Anda boleh mendapatkan senarai penuh penyambungan dan tema di www.mozilla.com- mematuhi standard W3CFirefox dibina dengan standard W3C.- pengemaskinian secara automatikFirefox mempunyai kebolehan pengemaskinian secara automatik. Jika ada versi baru, butang kemaskini akan memberi peluang kepada anda untuk menambahbaikkan perisian pelunsur itu.

No comments: