Wednesday, August 1, 2007

Sistem Nama Domain



Apa itu domain name? Domain name ialah alamat unik bagi mengenalpasti lokasi sesebuah laman web. Contohnya URL http://www.komputer.com. ilmuit.com ialah domain name. http:// ialah protokol yang digunakan untuk mengakses laman web ini, manakala www pula ialah cabang kecil atau lebih dikenali sebagai subdomain. Anda boleh akses laman web ini dengan menaip http://komputer.com tanpa perlu menaip www.

Mengapa domain name diperlukan?

Bagi membolehkan laman web diakses dari seluruh dunia, ia perlulah disimpan di sebuah komputer yang berkuasa tinggi yang dipanggil pelayan web atau web server. Setiap web server memiliki alamat IP yang unik sebagai pengenalan diri dimana alamat ini terdiri daripada digit (contohnya 202.71.97.48). Oleh kerana sukar untuk diingat, maka pada awal tahun 1985 diwujudkan sistem nama domain atau domain names ini bagi memudahkan pengecaman lokasi bagi sesebuah pelayan web. Bagaimana domain name berfungsi? Setiap domain name perlulah didaftarkan dengan mana-mana pendaftar domain yang telah disahkan oleh ICANN. Pendaftar-pendaftar ini bertanggungjawab untuk mengendalikan database setiap domain yang berdaftar. Domain ilmuit.com misalnya telah didaftarkan di SSLCatacomb yang akan menyimpan rekod-rekod berkaitan dengan domain di dalam sebuah pelayan DNS atau DNS Server. Apabila anda menaip alamat URL (contohnya http://www.komputer.com), pelayar web akan membuat permohonan ke DNS server yang terdekat dan mencari alamat IP yang sepadan bagi domain name komputer.com. DNS server kemudiannya akan memberikan alamat IP sebenar komputer.com kepada pelayar web.

No comments: