Wednesday, August 8, 2007

Virus komputer


Apakah virus?

Virus ialah satu program yang dicipta untuk menyerang data-data di dalam mesin dan membiak terutama di dalam komputer melalui perhubungan rangkaian (network connection).
Bagaimanakah virus mengembang ?


Virus komputer biasanya berkembang dalam beberapa cara. Kaedah biasa yang selalu dilakukan ialah melalui internet. Kebolehan memuat turun pelbagai data dari laman web yang tidak diketahui keselamatannya, hal ini menyebabkan data yang dimuat turun berisiko diserang virus. E-mail juga merupakan medium utama dalam pembiakan virus di dalam komputer-
Selain itu, kaedah pembiakan virus melalui disk media. Semasa pengguna komputer menggunakan floppy disk terhadap komputer yang telah diserang virus, ia kan memberi peluang kepada virus untuk menyerang data-data di dalam floppy disk. Jika disk tersebut digunakan pada komputer-komputer lain, komputer- komputer tersebut pula akan diserang virus.
Bagaimanakah cara untuk melindungi komputer saya dari serangan virus ?
Cara terbaik untuk melindungi komputer anda dari serangan virus ada lah penggunaan perisian anti virus. Memasukkan perisian anti virus di dalam komputer adalah penting. Anti virus akan mengenal pasti data-data yang diserang virus
Cara lain untuk melindungi komputer anda dari serangan virus adalah mengelakkan diri dari membuka atau melaksanakan email yang dicurigai keselamatannya. Melalui kaedah ini, berkemungkinan besar risiko komputer diserang virus melalui email adalah kurang

Apakah anti virus?

Anti virus merupakan perisian bagi mengenal pasti data yang telah diserang virus komputer. Dengan penggunaan perisian anti virus, risiko komputer anda untuk diserang virus adalah minima.
anda boleh memuat turun perisian - perisian anti virus yang telah disediakan oleh ICT di laman portal anda

Apakah firewall ?

Firewall ialah program atau alat perkakasan yang menapis (filters) maklumat-maklumat yang dipindahkan diantara komputer. Secara umumnya, firewall dicipta untuk melindungi satu atau lebih komputer (komputer anda) dari komputer-komputer lain (kebiasaannya dari internet) bagi mengelakkan data-data bahaya sampai ke komputer anda
Windows security

Pengenalan

Meletakkan komputer anda di dalam keselamatan akan dapat melindunginya dari serangan virus, worm, spyware, hacker attempts dan pencurian katalaluan. Window security seringkali diabaikan, tetapi meletakkan keselamatan Windows komputer anda perlu mengikuti beberapa konsep:-
Sentiasa mengemaskinikan Windows Security;
Sentiasa mempunyai Virus Scanner bersama Update Definitions;
Setiap akaun pada komputer mempunyai katalaluan;
Sentiasa mengemaskini perisian Firewall;
Elakkan diri dari klik pada mail atau attachment yang mencurigakan;
Elakkan serta singkirkan Spyware.

Apakah akan terjadi jika saya tidak meletakkan komputer saya di dalam keselamatan?

Komputer yang tidak di pasang dengan sistem keselamatan mudah diserang. Biasanya ialah mengautomasikan hacking attack yang dipanggil worm. Worm boleh memasuki komputer yang mempunyai sistem yang mudah diserang.

Mengemaskini Security

Security ialah satu proses yang proaktif. Ia satu cara mudah untuk memberikan keselamatan kepada komputer anda dan mudah untuk dikemaskini dari membaik pulih kerosakan disebabkan oleh terdedah kepada ancaman serangan worm.
Anda boleh mengemaskini Windows secara automatik. Di dalam Windows XP berfungsi secara automatik. Selain versi Windows, ianya telah tersedia untuk dikemaskini melalui Windows Update Website.

Untuk mengemaskini secara automatik boleh dijumpai di Control Panel. Dikebanyakan versi Windows, terdapat simbol Automatic Updates. Jika anda mempunyai khidmat XP, Automatic Updates anda hendaklah seperti gambar dibawah:-
Pemasangan Virus Scanner dan Pengemaskini (Update)


Sekiranya komputer anda tidak mempunyai program antivirus atau lesen untuk mengemaskini program antivirus anda tidak lama, anda boleh memuat turun program virus Avira AntiVir dari laman portal anda.
Pastikan virus definitions anda telah dikemaskini. Virus definition untuk Avira Antivir akan terpapar pada tetingkap utama seperti yang ditunjuk di bawah. Kerana hampir setiap hari virus-virus baru akan keluar menyerang, jika Virus Definition anda sudah terlalu lama dan tidak dikemaskinikan, program antivirus tidak dapat digunakan lagi. Anda boleh mengemaskinikan Virus Definition dengan cara klik pada Start update.
Anda boleh mengetahui jenis-jenis virus dan malware dengan klik pada menu Help, kemudian klik Content. Anda akan dapati tajuk ”Virus and more” dan disitu terdapat penerangan mengenai virus dan malware termasuk aktiviti yang mereka lakukan semasa menyerang komputer.

Gunakan Perisian Firewall

Kebanyakan versi Windows yang mendapatkan khidmat server-level yang membenarkan rangkaian pengguna untuk menghubungkan dan login kepada komputer. Kebanyakan pengguna tidak menggunakan perkhidmatan ini, tetapi kebanyakan diantara mereka tidak menutupnya. Untuk melindungi komputer anda, anda perlu menggunakan program firewall bagi melindungi dari capaian yang tidak dibenarkan.
Windows XP datang bersama dengan perisian firewall yang mudah. Untuk mengaktifkan firewall, dapatkan Control Panel dan klik pada Wndows Firewall.
Jika anda menggunakan Windows XP tetapi tidak mempunyai simbol Windows Firewall Control Panel, anda perlu memuat turun Service Pack 2.
Jika anda menggunakan versi Windows selain Window XP seperti Windows 2000, anda dinasihatkan untuk menggunakan third-party firewall, contohnya Symantec Client Security, Symantec Personal Firewall, atau Zone Alarm.

Lindungi Komputer Anda dari Spyware

Spyware ialah sejenis program virus yang biasa berada dalam keadaan tidak dapat dilihat dan maklumat yang dikumpul tentang pengguna yang menggunakan komputer tersebut. Terdapat beberapa jenis perisian yang biasa digunakan dan kesan yang sinonim dengan Spyware ialah Adware, Malware, dan sebagainya. Kesan terhadap serangan Spyware adalah seperti kelajuan komputer semakin berkurangan, pengumpulan katalaluan dan nombor kad kredit serta kerosakan komponen Windows.
Cara terbaik untuk melindungi komputer anda dari Spyware ialah mengelakannya. Elakkan dari memasang perisian Spyware pada komputer anda, sekiranya anda telah memasangnya, Spyware sukar untuk di buang, dan Spyware akan merosakkan komponen-komponen Windows. Dua sumber Spyware ialah Active X/Install For the Web dan add-ons untuk program-program lain.

Install For the Web ialah perkhidmatan yang mana laman-laman web yang menawarkan perisian untuk dipasang ke komputer anda secara automatik. Jika tidak program ini ditulis oleh well-known, reputable vendors seperti Macromedia Flash atau Sun Java, elakkan dari memasang program ini. I
nstall For the Web spyware installer seperti gambar dibawah:-
Aliquam eget justo. Maecenas felis nunc, pretium quis, accumsan et, dapibus a, lacus. Sed cursus tempor est. Nullam et libero quis augue pellentesque rutrum. Suspendisse elementum consequat dolor. Vivamus est nisl, faucibus eget, semper ut, placerat non, quam. Aliquam vitae risus non risus commodo egestas. Aliquam placerat. Suspendisse tempus, lacus vel mattis molestie, lectus lectus adipiscing ligula, ut venenatis libero pede dictum nisl. Nunc sapien tortor, faucibus non, fringilla non, egestas a, erat. Donec vitae diam. Vestibulum felis libero, blandit sollicitudin, consectetuer nec, consectetuer vitae, nibh.
Vestibulum felis tellus, consequat et, gravida id, pharetra et, arcu. Donec pellentesque. Integer sollicitudin, ligula blandit cursus convallis, dolor est sodales est, in elementum est leo sit amet ipsum. Morbi odio odio, pellentesque non, pulvinar quis, eleifend non, nisi. Pellentesque ullamcorper consequat lorem. Praesent sed felis. Morbi tincidunt laoreet nulla. Etiam non arcu eget risus accumsan posuere. In urna justo, congue sed, pretium id, porta id, velit. Mauris enim sapien, molestie non, feugiat eget, tempus ac, nunc. Cum sociis natoque penatibus et magnis dis parturient montes, nascetur ridiculus mus. Nulla sit amet lectus nec justo placerat volutpat. Ut rhoncus libero non nunc.
Nunc condimentum. Vestibulum ante augue, ornare imperdiet, rutrum quis, elementum vel, dolor

No comments: