Wednesday, August 29, 2007

RAM Module pada Sistem PC




RAM, atau Random Access Memory atau selalu disebut ramai sebagai memory, merupakan satu hardware yang penting dalam prestasi sesuatu sistem komputer. Mungkin anda selalu dengar akan ayat “jika tambah bilangan RAM, maka semakin laju sesuatu komputer beroperasi.” Ini adalah benar – kerana RAM sememangnya memainkan peranan membantu CPU dalam melaksanakan proses/task pada sesuatu sistem komputer. Pada komputer peribadi, RAM didatangkan dalam bentuk ‘RAM Module’ seperti dalam gambar dan dipasang pada motherboard.

Bagaimana RAM membantu dalam meningkatkan keupayaan dan prestasi sesuatu sistem komputer? Dalam sesuatu sistem komputer, contohnya PC, RAM digunakan untuk menyimpan arahan/instruction dan data yang diperlukan untuk menyiapakan sesuatu proses/task secara sementara/temporarily – dengan itu CPU dapat mengakses kepada arahan dan data terbabit dengan kadar yang lebih pantas.
RAM merupakan salah satu dari unit storan computer, atau ‘computer storage’ dalam kategori storan primer. Nama lain bagi RAM ialah read/write memory (kerana data boleh dimasukkan dan dibaca dari RAM).
Dari permulaan era PC sehingga sekarang, RAM boleh didapati dalam pelbagai jenis, seperti SRAM (Static RAM), DRAM (Dynamic RAM) SDRAM (Synchronous Dynamic RAM) dan generasi terkini, DDR SDRAM (Double Data Rate SDRAM), RD RAM (Rambus) , DDR2 SDRAM (Double Data Rate Two SDRAM) serta Rambus XDR DRAM (eXtreme Data Rate DRAM)
RAM dipakej dalam pelbagai module dan sel. RAM generasi terkini dipakej dalam bentuk modul, seperti SIMM (Single Inline Memory Module), DIMM (Double Inline Memory Module) dan RIMM (Sama seperti DIMM, tetapi untuk membezakan pakej Rambus dan pakej memori DIMM biasa) .
Pengunaan jenis RAM pada sesuatu sistem komputer dipengaruhi oleh sokongan chipset yang terdapat pada motherboard sesuatu sistem komputer. Contohnya, sesuatu motherboard yang mempunyai chipset Intel i925X hanya boleh menggunakan RAM jenis DDR2 SDRAM, dan RAM DDR SDRAM tidak dapat dipasang kerana ia tidak diskong oleh chipset tersebut (dan apa yang lebih pasti, tiada slot yang sesuai untuk RAM jenis DDR SDRAM dipadankan ke motherboard itu)
Setiap jenis RAM hanya boleh dipadankan pada slotnya tersendiri sahaja pada motherboard. Misalnya slot RAM jenis Rambus mempunyai bentuk yang berbeza berbanding dengan slot RAM jenis DDR SDRAM. Ini berlaku kerana Rambus dipakej pada rekabentuk ‘kaki’ tersendiri yang tidak sama dengan DDR SDRAM.


Apa yang perlu saya lakukan sebelum membeli RAM? Kriteria pemilihan RAM

Jika anda ingin menaiktaraf/upgrade PC anda dengan menambah prestasi RAM. Terdapat bebrapa kriteria dan persoalan yang anda perlu ambil perhatian sebelum mulai membeli RAM Module:
Adakah masih terdapat slot RAM di motherboard saya?Setiap RAM dipasang pada slotnya di motheboard. Bergantung kepada model motherboard, terdapat dua hingga empat atau sehingga lapan slot untuk dipasang memory pada sesuatu motherboard.
Jika masih terdapat slot kosong, maka ia tidak akan menjadi masalah pada anda. Tetapi, sekiranya tiada lagi slot kosong, anda mungkin perlu menanggalkan mana-mana RAM yang ada di slot dan menggantikannya dengan yang lebih berkapasiti tinggi. Contohnya, motherboard PC anda hanya ada dua slot untuk RAM, dan kedua-duanya telah diisi oleh RAM Module yang berkapasiti 128MB setiap satu. Maka anda boleh memilih untuk menanggalkan salah satu RAM itu dan menggantikannya dengan RAM berkapasiti 512MB. Maka jumlah kapasiti baru RAM pada PC anda ialah 128MB + 512MB = 640MB, dan satu RAM yang tidak digunakan (kerana anda menanggalaknnya dari sistem).
Jika motherboard anda ada empat slot dan hanya ada dua RAM 128MB, maka anda boleh upgrade tanpa membazirkan mana-mana RAM Module yang ada, iaitu 128MB +128MB +512MB = 768MB
Apakah jenis RAM yang sesuai untuk motherboard saya?Setiap motherboard hanya menyokong RAM dari jenis tertentu sahaja. Misalnya satu motherboard hanya ada slot untuk RAM jenis DDR SDRAM sahaja, manakala satu motherboard lain mempunyai slot untuk kedua-dua jenis RAM DDR2 SDRAM dan DDR SDRAM. Maka kenal pasti jenis RAM yang disokong oleh motherboard anda. [Nota: Sokongan RAM dan motherboard sebenarnya dipengaruhi oleh chipset yang dibina atas sesuatu motherboard].
Adakah sistem PC dapat menerima RAM baru yang saya akan masukkan ini?Setiap motherboard mempunyai had penerimaan kapasiti 'RAM' nya tersendiri. Misalnya, satu motherboard yang mempunyai had kapasiti RAM sebanyak 1GB. Jika anda menambah bilangan kapasiti RAM melebihi 1GB, katakan anda masukkan empat RAM 512MB (jumlah kapasiti RAM anda ialah 512MB x 4 = 2048MB atau 2GB), sistem PC anda hanya akan mengesan kehadiran RAM anda hanyalah 1GB – kerana itu adalah takat maksima yang boleh diterima. Oleh itu pastikan anda memeriksa manual motherboard anda bagi memastikan had penerimaan kapasiti RAM.
Selain itu, motherboard tertentu hanya dapat menerima RAM pada kelajuan/speed tertentu sahaja. Contohnya satu motherboard mungkin hanya dapat menerima RAM dengan chip DDR333 (Chip DDR333 beroperasi pada kelajuan 166MHz). Jika anda memasukkan RAM DDR400 (Chip DDR400 beroperasi pada kelajuan 200MHz), maka komputer anda hanya dapat mengesan RAM yang diguna sebagai DDR333 dan beroperasi pada kelajuan 166MHz sahaja. RAM DDR400 ini boleh beroperasi, tetapi ini tentunya tidak memberi pulangan setimpal dengan harga yang anda bayar. Maka sekali lagi, pastikan anda memeriksa manual motherboard anda bagi memastikan kelajuan RAM yang dapat diterima.

No comments: