Monday, August 20, 2007

Panduan cegah komputer dari mengakses ke laman lucah dan seumpama


Panduan cegah komputer dari mengakses ke laman lucah dan seumpama



Kenalpasti kesemua laman web yang pernah dilawati di komputer anda.Dua cara mudah untuk mengenal pasti laman web yang pernah dilawati di Internet Explorer History: Lancarkan Internet Explorer dan klik pada butang History (atau klik pada View > Explorer Bar >History). Pada kolum kanan Internet Explorer, anda akan dapat melihat senarai laman web yang dilawati dari hari ini sehingga tempoh dua minggu yang lepas. Dengan cara ini, anda dapat memantau setiap laman web yang pernah dikunjungi melalui Internet Explorer.[NOTA: Kebanyakan pengguna, termasuk remaja dan kanak-kanak masakini semakin bijak dan tahu untuk memadam senarai dalam History ini sebaik selepas menggunakan internet]

Cache Folder: Satu lagi kaedah ialah dengan melihat kandungan yang terdapat pada cache folder.
Dari Internet Explorer, kik pada Tools > Internet Option. Pada ruangan “Temporary Internet Files”, klik pada butang “Settings”. Kemudian, klik pada butang “View Files”.
Satu tetingkap baru akan dipaparkan, menunjukkan semua fail dari laman web yang pernah diakses sebelum ini. Anda boleh menjejak aktiviti yang dilakukan di internet pada Internet Explorer di sini. Walau bagaimanapun, seperti History, anak anda juga boleh memadam fail ini dengan mudah.
Sekat ke laman berkaitan dengan Content Advisor.Content Advisor merupakan salah satu ciri kawalan yang terdapat pada Internet Explorer. Di sini anda boleh mengawal akses ke laman web tertentu dari pelayar Internet Browser.
Dari Internet Explorer, klik Tools > Internet Option. Kemudian, klik pada tab “Content”.
Pada bahagian “Content Advisor”, klik pada “Enable”
Di sini anda boleh mengawal akses Internet Explorer ke laman web tertentu mengikut kriteria konfigurasi yang anda tetapkan di sini.
Ratings: Tetapkan setakat mana tahap kategori laman web yang dibenarkan akses.Approved Site: Di sini anda boleh menambah senarai laman web yang dihalang akses dan sebagainya. Taipkan laman web lucah atau sebagainnya yang anda dapati dari History sebelum ini di sini dan klik pada butang ‘Never’.
Jangan lupa untuk meletakkan kata kunci atau password agar konfigurasi ini diubah semula oleh orang lain. Klik pada tab ‘General’, kemudia klik pada butang “Create Password” di ruangan “Supervisor Password”. Taipkan password anda di sini.[NOTA: Pastikan anda ingat password anda]
Walaupun begitu, kesemua cara ini mungkin kurang berkesan. Ini kerana anak anda boleh menggunakan pelbagai cara lain untuk akses ke internet. Maka anda boleh perisian kawalan ‘Parental Control’ di mana ia berfungsi menghalang akses ke laman lucah dan sebagainya. Perlu diingat sekali lagi bahawa perisian sebegini bukannya sebagai medium untuk anda melepaskan tanggung jawab memantau aktiviti anak-anak anda dengan mata kepala anda sendiri.
Menggunakan perisian ‘Parental Control’.
Terdapat banyak perisian ‘Parental Control’ yang boleh digunakan. Contohnya adalah Net Nanny (popular), Zone Alarm Pro, Child Web Guardian, Content Protect dan banyak lagi.
Satu perisian parental control percuma berguna boleh didapati pautan bawah:
Download We-Blocker dari We-Blocker.com
Selesai pindah terima dan memasang perisian tersebut, anda akan diminta untuk memasukkan Master Password. Maka taipkan password anda. Seterusnya, anda boleh menambah beberapa user lain dan menetapkan kriteria tapisan terhadap user tersebut.

No comments: