Wednesday, August 29, 2007

Motherboard pada Sistem PC


Motherboard merupakan hardware yang paling utama pada sesuatu sistem komputer – semua hardware lain (yang merupakan papan peranti elektronik, atau expansion card seperti sound card, graphic card dan sebagainya) disambungkan ke satu hardware utama (yang juga papan peranti elektronik) – iaitu motherboard. Kesemua hardware ini disambungkan dengan pelbagai jenis sambungan pada motherboard – sambungan kabel, slot, dan sebagainya.
Motherboard Komputer Peribadi
Motherboard juga dikenali dengan pelbagai nama lain seperti mainboard dan desktop board Kebanyakan peminat sistem komputer di Malaysia, baik dari peringkat amatur hinggalah ke professional, lebih selesa dengan singkatan mobo.
Pada motherboard PC, terdapat beberapa jenis I/O (I/O bermaksud input/output iaitu keluaran dan masukan) sesuatu data atau isyarat dari motherboard ke hardware – seperti ports, soket, slot dan antaramuka (interface) bagi beberapa bus.
Selain itu, anda juga dapat melihat CMOS jumper, FSB jumper pada sesetengah motherboard dan juga sebuah bateri butang. Bateri ini dikenali sebagai bateri CMOS (Complementary Metal Oxide Semiconductor , ia merujuk kepada bahan semikonduktor yang digunakan dalam pembuatan cip pada motherboard).















Chipset, Northbridge dan Southbridge

Chipset merupakan sekumpulan pelbagai cip/litar bersepadu/IC yang direka dalam satu binaan.Chipset boleh didapati pada motherboard atau expansion card seperti sound card, network card, modem dan sebagainya. Dalam sistem komputer, chipset biasanya merujuk kepada dua bahagian utama pada motherboard, iaitu northbridge dan southbridge. Kedua-dua bahagian ini sebenarnya ialah dua chipset yang saling bergantungan antara satu sama lain dengan setiap satu mempunyai fungsinya tersendiri.
Anatara contoh chipset yang boleh didapati pada motherboard masa kini ialah D875PE, D925X (Intel) , KT400, K8T800 (VIA), nForce 2, nForce4 (nVidia) dan sebagainya.
NorthbridgeNorthbridge befungsi mengawal komunikasi antara CPU, RAM module, AGP atau PCI-E dan southbridge. Northbridge memainkan faktor penting dalam penentuan bilangan serta jenis CPU dan kelajuannya; serta bilangan, kelajuan dan jenis RAM yang boleh digunakan. Oleh kerana setiap kelas CPU dan RAM memerlukan isyarat yang berbeza, maka sesuatu northbridge hanya mengawal kombinasi CPU dan RAM dari kelas tertentu sahaja.
Misalnya, chipset i845GE hanya beroperasi pada CPU Intel Pentium 4 dan Celeron dengan penggunaan RAM dari jenis DDR SDRAM.
Chipset nForce2 hanya beroperasi pada CPU jenis Duron, Athlon, dan AthlonXP dengan penggunaan RAM dari jenis DDR SDRAM
Chipset i915G hanya beroperasi pada CPU Intel Pentium4 dan Celeron, tetapi membenarkan penggunaan dua jenis RAM module, iaitu RAM DRR1 atau DDR2.
SouthbridgeSouthbridge berfungsi dalam mengawal operasi pada computer bus dan device, seperti bus PCI, USB, Firewire, port serial dan parallel, antaramuka ATA, SATA dan floppy disk controller. Sesetengah southbridge juga mempunyai ciri istimewa tambahan seperti kawalan RAID dan audio codec (onboard sound card yang dibina atas motherboard)










Soket, Slot atau Port?

Soket:
Terdapat satu soket untuk memuatkan satu CPU yang dipanggil soket CPU. Terdapat pelbagai jenis soket CPU yang berbeza-beza mengikut spesifikasi motherboard.
Ports:
P/S2 – Untuk penyambungan mouse (hijau) dan keyboard(ungu)
LPT – Sambungan hardware yang menyokong LPT secara selari (parallel), biasanya perkakasan lama seperti printer dan scanner lama.
COM – Sambungan hardware yang menyokong COM secara sesiri (serial). Contonhya paparan skrin LCD yang disambungkan pada laptop ketika penerangan/taklimat berkomputer pada sesuatu majlis. Juga digunakan untuk menyambung keyboard dan mouse lama dan beberapa peranti lain.
USB - Penyambungan hardware USB. Kebanyakan hardware masakini menggunakan sambungan jenis USB ke motherboard pada sistem komputer, seperti printer, kamera digital, storan mudah alih, scanner dan banyak lagi.
Firewire/IEEE 1394 - Kebanyakan kamera digital masakini memerlukan sambungan firewire
Infrared - Disambungkan pada perkakasan elektronik yang menyokong IrDA, contohnya telefon bimbit
Bluetooth – Teknologi peyambungan baru yang lebih efisyen dari Infrared. Disambungkan pada hardware yang menyokong bluetooth, contohnya telefon bimbit generasi terkini
Line-In, Line-Out dan MIC - Untuk sambungan speaker, mikrofon atau apa-apa perkakasan audio lain ke sistem PC.
Slot/Controller/Interface(Antaramuka):
RAM - Di mana memory module disambung pada sistem PC.
PCI/ PCI-E – Di mana pelbagai peranti perkakasan komputer disambungkan, seperti sound card, network card dan sebagainya.
AGP – Di mana graphic card biasanya dipasang.

ISA – Slot perintis sebelum PCI diperkenalkan. Anda mungkin sukar untuk menemui slot ini pada motherboard terkini.
IDE /ATA/ SATA - Di mana hard disk dan optical device PC disambungkan ke sistem.
Floppy Disk – Di mana peranti floppy disk drive disambungkan ke sistem.
Ethernet – Sambungan LAN (Local Area Network). Sambungan antara dua atau lebih PC pada sesuatu bangunan atau rumah.
SCSI – Jarang terdapat pada motherboard PC, tetapi digunakan dengan meluas pada komputer workstation untuk menyambung hard disk, CD/DVD-ROM dan lain-lain hardware.

No comments: