Wednesday, August 29, 2007

Modem Card pada Sistem PC


Modem Card pada Sistem PC

Modem (Modulator Demodulator) merupakan suatu peripheral (perkakasan) yang digunakan untuk menyambungkan sistem komputer anda ke internet melalui sambungan jenis ‘Dial-Up’. Kabel telefon digunakan untuk menyambungkan modem ke talian telefon tetap di rumah.
Konsep asas Modulation Demodulation pada modemKomputer anda hanya mampu menghasilkan data dalam bentuk isyarat digit (digital, isyarat yang hanya berada pada 0 dan 1), manakala untuk penghantaran data ke internet melalui talian telefon mestilah dalam bentuk isyarat analog. Maka sebuah isyarat analog menjadi ‘pembawa’ kepada isyarat digit yang menjadi ‘penumpang’ dalam proses penghantaran dari komputer ke internet dan sebaliknya.Analogi mudah ialah sama seperti sebuah bas (pembawa) yang membawa penumpang dari satu Pulau Pinang ke Kuala Lumpur dan sebaliknya.
Walaupun penumpang ada tetapi apa yang kita nampak bergerak di jalan hanyalah bas, seolah-olah penumpang telah menjadi ‘sebahagian’ daripada bas untuk bergerak. Begitu juga dengan isyarat digit yang dibawa oleh isyarat analog di mana isyarat digit tadi seolah-olah ditukar/digabung dengan isyarat analog. Walaupun data yang dihantar adalah dalam bentuk isyarat analog, namun di dalam isyarat analog itu terdapat isyarat digital asal.
Proses di mana isyarat analog bertindak sebagai pembawa isyarat digital ke internet adalah dipangil modulasi (Modulation) dan proses ‘mengasingkan’ kembali isyarat termodulat ialah demodulasi (Demodulation). Modem bertindak sebagai pemodulat dan demodulat data yang dihantar dari komputer ke internet/komputer lain dan sebaliknya.
Modem ADSL (Asynchronous Digital Subscriber Line) digunakan untuk sambungan jalur lebar atau broadband, contohnya Streamyx. ADSL mempunyai sedikit perbezaan berbanding dengan modem. Satu lagi jenis modem untuk sambungan jalur lebar ialah Cable Modem. Wireless Modem pula digunakan untuk sambungan internet tanpa wayar, seperti sambungan Wi-Fi ke hotspot.

No comments: