Wednesday, August 1, 2007

Panduan membuat domain transfer

Apa itu domain transfer Domain transfer ialah proses perpindahan domain name dari pendaftar ke pendaftar yang lain. Contohnya, jika domain anda didaftarkan di syarikat GoDaddy.com, kemudian anda bercadang untuk mendaftar di syarikat enom.com pula, domain anda di GoDaddy tadi boleh dipindahkan ke Enom. Proses perpindahan ini biasanya akan mengambil masa sekurang-kurangnya 3-4 hari dan caj yang akan dikenakan adalah dalam lingkungan RM35-50 bergantung kepada pendaftar. Mengapa perlu pindahkan domain? Ada beberapa faktor yang menyebabkan seseorang itu memindahkan domain ke syarikat pendaftar yang baru: 1) Syarikat baru yang lebih murah 2) Syarikat baru memiliki panel kawalan lebih mesra pengguna Berikut adalah tips-tips bagi melancarkan proses pemindahan: 1) Pastikan alamat emel Pentadbiran (Administrative) bagi domain anda betul. Ini kerana semasa proses perpindahan, anda akan menerima emel penyerahan kuasa (Authorization) daripada pendaftar baru. Diikuti dengan emel pengesahan (Confirmation) daripada pendaftar semasa yang akan meminta anda membuat pengesahan. Tip - Untuk mengetahui alamat emel Pentadbiran (Administrative Contact) anda, gunakan WHOIS 2) Sebelum memulakan proses domain transfer, pastikan domain anda tidak dikunci. Kebanyakan pendaftar akan mengunci "lock" domain secara automatik bagi mengelakkan sesuatu domain dipindahkan oleh pihak lain. Masuk ke dalam panel kawalan syarikat pendaftar semasa untuk memeriksa status domain anda. 3) Proses transfer boleh memakan masa sehingga 10 hari. Sebelum membuat domain transfer, pastikan tarikh luput domain masih panjang (sekurang-kurangnya dua minggu). Jika tidak, proses transfer akan dibatalkan.

No comments: